Anwar – Guan Eng Saling Berpandangan Bila Diberitahu Sultan Selangor Tiada Dalam Negara – Kantoi - pakdin.my

anwar-guaneng-kantoi-sultan-tiada-dalam-negara

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng saling berpandangan apabila wartawan bertanya bagaimana proses pertukaran Menteri Besar Selangor boleh berlaku sedangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada dalam negara.

 

 

Sebelum itu, Anwar menjelaskan satu surat telah dihantar kepada Sultan Selangor untuk menyegerakan proses pertukaran MB Selangor tersebut.

“Surat (kepada Sultan Selangor) itu ditandatangani oleh siapa ?,” soal wartawan.

“Ditandatangi oleh Dr Wan Azizah, calon yang mendapat mandat daripada 30 ADUN itu juga Presiden Keadilan, dihantar ke istana pagi ini, ” kata Anwarpada sidang media di Subang Jaya, 14 Ogos.

Pada 12 Ogos lalu, Sultan Selangor menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

”Surat itu bagi memohon Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR. Surat permohonan itu telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin.

“Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap banginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, baginda tidak mahu campur tangan dalam soal pemecatan Abdul Khalid dari PKR.

“Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Adun Menteri Besar Selangor.

“Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR,” katanya.


UTAMAPOLITIKAnwar – Guan Eng Saling Berpandangan Bila Diberitahu Sultan Selangor Tiada Dalam...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium