Kes Liwat Ke 2 Anwar Ibrahim: Guna 14 peguam, Ketua Hakim ketuai panel dengar rayuan - pakdin.my

anwar-rayuan-kes-liwat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Istana Kehakiman pada jam 8.50 pagi tadi bagi mendengar rayuan akhir kes liwat beliau terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu, kira-kira 150 penyokong dan pemimpin pembangkang berkumpul di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya sejak awal pagi.

Antara pemimpin PKR yang hadir Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Mohamad Azmin Ali.

Mereka pada mulanya berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di Putrajaya dan kemudian bergerakan ke Istana Kehakiman.

Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam tadi dan awal pagi ini.

Ada antara mereka berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Pihak polis turut mengadakan kawalan ketat dan melakukan pemeriksaan serta tapisan terhadap mereka yang dibenarkan masuk ke mahkamah termasuk petugas media.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Empat anggota panel lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop

Barisan pendakwaan ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Barisan peguam bela Anwar pula terdiri daripada 14 peguam iaitu Datuk Sri Gopal Sri Ram, R Sivarasa, N Surendran, Ramkarpal Singh, Sangeet Deo Kaur, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Anwar sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

UTAMABERITAKes Liwat Ke 2 Anwar Ibrahim: Guna 14 peguam, Ketua Hakim ketuai...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium