Anwar Ibrahim akui PKR hadapi pelbagai masalah di Selangor - pakdin.my

anwar-permatang-pauh

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud pelbagai masalah di Selangor yang gagal diselesaikan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar berkata, pelbagai masalah besar bertumpu di negeri itu nembabitkan isu kalimah Allah, gereja dan masalah air yang berlarutan selama lima hingga enam tahun dan tidak dapat diselesaikan.

“Dari aspek ekonomi memang bagus tetapi ada yang tidak selesai. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tekanan yang tinggi dan saya perlu bantu beliau.

“Saya akui masalah dalaman memang wujud dan cuba diselesaikan,” katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang penyokong PKR dan diadakan bagi memberi penjelasan tentang keputusan beliau bertanding di DUN Kajang.

Sementara itu, dalam sidang akhbar, ketika ditanya tentang kenungkinan Sultan Selangor tidak akan memperkenan beliau sebagai Menteri Besar Selangor jika menang , Anwar meminta supaya Sultan Selangor tidak dilibatkan dalam pergelokan politik.

UTAMAPOLITIKAnwar Ibrahim akui PKR hadapi pelbagai masalah di Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium