Anwar Ibrahim Didapati Bersalah Liwat Bekas Pembantunya - pakdin.my

Dihukum Penjara Lima Tahun

anwar_bersalah-liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, Jumaat terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Mahkamah Rayuan telah memberi tempoh sejam kepada peguam Karpal Singh untuk menyediakan mitigasi bagi Anwar, sebelum mahkamah bersidang semula pada pukul 6.15 petang untuk menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Semasa melepas dan membebaskan Ketua Umum PKR itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti mengenai kewibawaan sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel berkenaan telah dicemari sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

 

UTAMABERITAAnwar Ibrahim Didapati Bersalah Liwat Bekas Pembantunya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium