Anwar Rosakkan Ekonomi Dengan Panjangkan Konsesi Tol - pakdin.my

TOL-1

Di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong pembangkang membelasah kerajaan berikutan cadangan untuk menaikkan kadar tol bagi 13 buah lebuhraya dalam bandar berkuatkuasa tahun depan, ramai di antara mereka mungkin terlepas pandang bahawa semua masalah berkenaan adalah berpunca dari pemimpin pujaan penyokong pembangkang sendiri – Anwar Ibrahim.

Ini kerana dari 13 buah konsesi tol yang terlibat dengan kenaikan pada tahun depan, sebahagian besar (kalau bukan semua) adalah dibina atas kelulusan yang diberikan oleh Anwar sewaktu menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1992 – 1998.

Memang pengurusan lebuhraya banyak berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya yang pada waktu itu diketuai oleh Datuk Seri (kini Tan Sri) Samy Vellu, tapi Anwar sebagai Menteri Kewangan turut terlibat, terutama terma dalam perjanjian konsesi dimana kerajaan perlu membayar ganti rugi sekiranya syarikat pengendali lebuh raya tidak dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut syarat dalam konsesi.

Sebagai alternatif kepada pembayaran ganti rugi, Kementerian Kewangan yang diketuai Anwar pada ketika itu telah memasukkan klausa yang membolehkan kerajaan memanjangkan tempoh konsesi bagi mengelakkan kenaikkan kadar tol.

Beberapa kali kerajaan telah menggunakan kuasanya seperti dalam perjanjian konsesi untuk memanjangkan tempoh konsesi dan pengguna tidak perlu membayar sebarang kos tambahan. Contohnya, mengikut perjanjian asal, konsesi leburaya Utara Selatan yang dikendalikan PLUS Berhad sepatutnya akan tamat pada tahun 2025, telah dilanjutkan beberapa kali sehingga kali terakhir pada tahun 2038 sebagai ganti tidak menaikkan kadar tol.

Situasi ini mungkin berkesan bagi jangka masa pendek, tapi bagi jangka masa panjang, ia telah membebankan pengguna yang terkemudian kerana terpaksa membayar caj yang lebih mahal apabila kadar tol dinaikkan pada kadar yang luar biasa tinggi.

Inilah kesan yang kita lihat berlaku sekarang apabila kerajaan tidak lagi boleh memanjangkan tempoh konsesi untuk menahan kenaikan caj tol dan terpaksa membenarkan syarikat pengendali lebuhraya menaikkan kadar tol seperti mana yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang asal.

Semua ini hasil ‘kebijaksanaan’ Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan.  Selain 10 konsesi baru lebuhraya yang dibina sepanjang tempoh dia menjadi Menteri Kewangan, perjanjian konsesi dalam bentuk seperti yang dijelaskan di atas, telah mengakibatkan pengguna lebuhraya hari ini perlu membayar caj yang lebih tinggi sebagai ganti keselesaan semasa memandu berbanding menggunakan jalan tidak bertol.

Untuk makluman, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak belum pernah lagi memanjangkan tempoh konsesi mana-mana lebuhray  di Malaysia sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009.

Apa yang dilakukan Perdana Menteri ialah melepaskan kepentingan kerajaan dalam PLUS kepada UEM Berhad dan KWSP yang menyaksikan kadar tol PLUS tidak dinaikkan selama 5 tahun (2010-2015) dan bila dinaikkan pun pada tahun 2016, kadar kenaikkan itu nanti (5% bagi setiap 3 tahun) adalah jauh lebih rendah berbanding kadar mengikut perjanjian konsesi yang lama (10% bagi setiap 3 tahun).

UTAMAPOLITIKAnwar Rosakkan Ekonomi Dengan Panjangkan Konsesi Tol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium