Anwar: Sakit atau lakonan lagi - pakdin.my

anwar-penjara

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa petang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

“Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari.
“Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau,” kata kenyataan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga difahamkan telah dibenarkan bertemu Anwar di hospital.
Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa pemeriksaan berjadual sekaligus membawa kepada pelbagai desakan daripada ahli-ahli parti pembangkang yang mahukan Anwar diberikan segala macam kelonggaran.
Terbaru ialah desakan agar Anwar diberi kelonggaran sekadar menjalani hukuman tahanan di rumah sekaligus akan menukar status Anwar kepada tahanan politik dan bukannya pesalah kes jenayah.
Hakikatnya, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Masuk HKL Semula

Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan semula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada petang Selasa bagi menerima rawatan lanjut.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, bekas ketua pembangkang itu kini ditempatkan di wad berasingan untuk tempoh beberapa hari.
“Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.
“Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah dibenarkan bertemu dengan Datuk Seri Anwar petang tadi,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa malam.
Pada 2 Jun lalu Anwar dipindahkan dari Penjara Sungai Buloh ke HKL ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Anwar bagaimanapun dibenarkan keluar dari HKL selepas hasil pemeriksaan perubatan terhadapnya tidak menemukan bukti beliau mengalami sebarang keadaan kesihatan akut.
Sebelum ini Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu kesihatan Anwar semakin merosot dengan tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.
Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Anwar kini telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada Februari lalu.
Anwar dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
UTAMABERITAAnwar: Sakit atau lakonan lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium