Anwar takut kepada Muhammad Shafee – Tun M - pakdin.my

tun-mahathir-expo-buku

Takut menjadi antara alasan terhadap usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan berkaitan kes liwat beliau.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Anwar juga gentar kerana Dr. Muhammad Shafee adalah seorang peguam yang selalu berjaya dalam kes-kes yang dikendali oleh beliau.

“Memanglah Anwar takut kepada Muhammad Shafee kerana beliau seorang peguam yang
menang banyak kes yang rumit. Apabila dia menjadi peguam pendakwaan saya fikir Anwar gentarlah. Dia takut,” kata Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia 2004 dan Anugerah Buku Negara 2014 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara di sini hari ini.

Dr. Mahatir juga berkata, Anwar juga berusaha untuk melewatkan kes beliau selama yang boleh yang mengelakkan beliau daripada dijatuhi hukuman.

“Jadi Anwar membawa unsur Shafie tak boleh mengetuai pasukan pendakwaan. Ini semua usaha untuk melewat-lewatkan perbicaraan. Dia takut dibicara kerana dia buat salah. Jadi dia takut mahkamah jatuh hukum ke atas dia,” katanya.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Anwar berhubung pengguguran pelantikan Muhammad Shafee sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam kes liwat ketua pembangkang itu terhadap pembantu peribadi beliau, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

UTAMABERITAAnwar takut kepada Muhammad Shafee - Tun M

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium