Anwar, Tun Dr. Mahathir dan kisah KUDA - pakdin.my

Nabi SAW meminati dan menyayangi kuda. Mengikut riwayat Dar Qutni ( 2: 552) Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira.” Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama ‘As-Sakaf’ yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud. Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut.

Kuda merupakan haiwan yang mempunyai kaitan rapat dengan manusia sejak dari zaman kemunculan tamadun manusia. Haiwan ini telah dijinakkan dan menjadi aset penting kepada masyarakat manusia dalam mengembangkan pelbagai aspek kehidupan mereka. Kuda adalah haiwan mamalia yang memiliki ciri-ciri kebolehan yang unggul seperti tangkas, bijak, penyayang, setia dan berani. Menguasai haiwan ini merupakan satu cabaran dan jika berjaya menguasainya penunggang kuda akan dapat menggunakan kekuatan kuda khususnya ketangkasan berlari untuk tujuan beriadah.

Kenapa Tun Mahathir mengemari sukan yang ada kaitan dengan apa yang Nabi SAW sukai? Semua orang tahu Tun Mahathir begitu menyayangi kuda dan mempunyai penjaga khas untuk setiap kuda-kudanya. Dimaklumkan oleh seorang rakan di Langkawi, Tun Mahathir agak ‘sensitif’ jika kudanya tidak dijaga dengan baik.

Datang ilham bila menatap akhbar mengenai Dato Shazryl Eskay di panggil pulang oleh Tun Mahathir semata-mata untuk membuat rawatan fiseoterapi kepada Anwar yang terjatuh dari kuda. Malah jika kita membaca sejarah Si Tanggang Azmin, juga dipinjamkan kepada Anwar kerana sayangnya Tun Mahathir kepada Anwar ketika itu. Mahathir benar-benar mempercayai kejujuran Anwar. Namun semasa membaca akhbar tersebut, hati saya lantas memikirkan sesuatu dan mencari jawapan. Apa kaitan KUDA dengan Tun Mahathir dan Anwar dalam isu ini,,,juga KJ ?

Ada sesuatu ‘rahsia’ yang boleh kita pelajari dari kuda. Rupanya ada KELEBIHAN yang ada pada kuda yang jarang kita ketahui. Persoalannya, adakah benar pancaindera kuda boleh mengesan hati dan keikhlasan manusia? Mungkinkah Allah SWT menjadikan kuda sebagai haiwan yang boleh mengesan ‘bau’ sikap negatif manusia?

Kalau kita ingat, semasa TPM, Anwar pernah muncul dengan berbalut di leher. Justeru bila mengingati kisah Anwar terjatuh kuda, saya mencari sesuatu jawapan. Kenapa Anwar gagal menguasai kuda dan terjatuh serta ‘cedera’?. Kenapa Tun Mahathir yang mempunyai hobi menunggang kuda tidak pernah terjatuh dari kuda atau ‘tercedera’?. Kita patut belajar sesuatu dari kuda melalui peristiwa ini. Mengikut pandangan seorang rakan, adalah normal jika kita terjatuh semasa menaiki kuda untuk tujuan pertandingan lasak, tetapi ‘terjatuh’ atau ‘dijatuhkan’ oleh kuda semasa ‘easy riding’, itu petanda yang tidak berapa baik, lebih-lebih lagi jika tercedera. Kita telah ditunjukkan ‘bukti’ itu oleh haiwan bernama KUDA terhadap Anwar.

Mungkinkah sebenarnya kuda pun tahu ‘niat dan hati busuk’ manusia bernama Anwar Ibrahim, lantas tidak rela manusia sepertinya berada di atas badannya atau menunggangnya? Adakah kuda juga turut ‘membenci’ manusia bernama Anwar Ibrahim dan ingin memberitahu kita sesuatu?. Disebabkan kuda tidak sukakan Anwar, beliau akhirnya terpaksa ‘menunggang DAP’ sebagai kuda tunggangan bagi meraih sokongan kaum cina. DAP pula mengambil peluang menjadikan Anwar sebagai ‘kuda tunggangan’ dan masing-masing saling tunggang menunggang. PAS pun turut dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh kedua-dua (Anwar & DAP) tanpa menyedari bahawa kuda hidup pun ‘tidak ingin’ terhadap manusia bernama Anwar Ibrahim.

Mungkinkah petanda ini juga boleh digunapakai terhadap YB Khairi Jamaludin?. Khabarnya KJ juga pernah terjatuh dari kuda semasa ‘easy riding’. Apakah makna yang ingin ‘disampaikan’ oleh kuda kepada Najib dan seluruh ahli UMNO?

Saya terfikir di ‘luar kotak’ : Apa kata, calon-calon PRU 13 akan datang sama ada dari UMNO, PAS dan PKR kena ambil ‘test drive’ naik kuda dahulu baru masuk bertanding. Bagi kuda dahulu buat ‘penilaian’ lepas tu baru masuk tapisan kedua. Nampaknya ‘ujian’ ini lebih mudah dan tiada ‘unsur penipuan,,fikir-fikirkan.”

CR.LukmanMoidin & ShahfaliqTeo

UTAMAPOLITIKAnwar, Tun Dr. Mahathir dan kisah KUDA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium