Apa makna Azmin, Pengerusi PKR Selangor tidak diberi peranan dalam #PRKKajang?

Siapa yang bekuasa di Selangor?
Siapa yang bekuasa di Selangor?

Meneliti senarai barisan pemimpin PKR bagi berdepan pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, seolah-olah membuktikan usaha parti itu menyisihkan pengaruh Timbalan Presiden, Azmin Ali semakin jelas.

Kebiasaannya Azmin akan mengetuai kempen pilihan raya tetapi jawatan Pengarah PRK DUN Kajang kini diserahkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Adun Bukit Antarabangsa yang juga ahli parlimen Gombak itu lebih  layak  memegang posisi tersebut tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan Khalid jadi panglima perang kempen di mana Anwar sendiri jadi calon.

Pelantikan Khalid dan Zuraida sudah disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pada Selasa.

Selain itu, Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri yang dipercayai merupakan calon Azmin sebagai Pengarah PRK kali ini dilantik oleh PKR sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya. 

Melihat situasi ini, Anwar mungkin menggunakan strategi  ’pecah dan perintah’ yang menafikan peranan Azmin dalam PRK Kajang manakala orang yang rapat dengannya diarah bertugas di bawah Khalid. 

Kalau benar ini ‘game’ untuk menyisihkan Azmin, sudah tiba masanya beliau bertindak bijak bagi mengelak jadi korban politik PKR.

Azmin harus ingat, jika usaha ini betul, lama kelamaan rakan-rakan yang kini menyokong beliau akan berpaling tadah sebaik sahaja Anwar dilantik sebagai Menteri Besar.

Tidak salah beliau memikirkan  untuk  bersama-sama PAS dan Barisan Nasional (BN) membentuk satu pakatan menentang gerakan Anwar dan Khalid di Selangor.

Jika ini berhasil, Anwar hanya kekal sebagai Adun di Kajang jika menang dan kerusi Menteri Besar mungkin boleh dibincangkan antara Azmin bersama PAS dan BN Selangor.

One Reply to “Apa makna Azmin, Pengerusi PKR Selangor tidak diberi peranan dalam #PRKKajang?”

Leave a Reply