Apa sudah jadi? – Peguam Negara Switzerland sahkan Najib tidak terlibat - pakdin.my

#RuleOfLaw #PakatanpHitnah #KERAjaanTomato #KERAjaanmunaPHik #FaktaBukanAuta

Tommy Thomas ke Switzerland bertemu dengan Peguam Negara Switzerland berhubung kes penggubahan duit haram 1MDB yang melibatkan seramai enam orang. Di dalam senarai tersebut tiada langsung nama Dato Sri Najib Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor.

Persoalanya di mana fakta yang mengatakan Dato Sri Najib mencuri duit 1MDB? Atau sekadar di reka cerita semata-mata hendak merampas kuasa dan berunsur dendam?

Jawap lah kamu wahai penfitnah di sana nanti


‘Peguam negara Switzerland jumpa Tommy Thomas bincang siasatan 1MDB’

Peguam Negara,Tommy Thomas hari ini mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bagi membincangkan kerjasama dalam siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Menurut satu kenyataan pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkata, Lauber dan delegasi negaranya menerima jemputan daripada Tommy dan pegawai dari Jabatan Peguam Negara untuk mengadakan mesyuarat di sini.

Kata kenyataan itu, perbincangan mereka bertumpu kepada keperluan untuk mengukuhkan komitmen bersama terhadap kedaulatan undang-undang atau ‘rule of law’ dan pemulihan bantuan perundangan secara bersama di antara dua bidang kuasa.

Menurut OAG, enam individu sedang dalam siasatan dan dua buah bank disyaki turut terlibat.

Siasatan tersebut dibuka sebagai maklum balas laporan Money Laundering Reporting Office Switzerland (MROS) dan analisis yang dibuat olehnya melalui maklumat yang diterima daripada OAG.

“Pembiayaan tersebut diperuntukkan untuk pelaburan dalam projek pembangunan khususnya PetroSaudi, Tanjung/Genting dan projek kecil di bawahnya serta projek pelaburan SRC yang melibatkan sumber asli.

“Semua atau sebahagian daripada pembiayaan yang diperoleh didakwa telah digunakan untuk tujuan lain, terutamanya untuk tujuan peribadi orang yang terlibat,” katanya.

Pada 14 Ogos 2015, OAG membuka prosiding bagi menentang dua bekas pegawai di 1MDB dan individu tidak dikenali kerana disyaki merasuah pegawai awam asing, salah laku di pejabat, pengubahan wang haram dan salah laku jenayah.

Katanya, siasatan tersebut telah dilanjutkan pada April 2016 bagi melibatkan dua bekas pegawai dari Arab Saudi yang bertanggungjawab di dalam pengurusan dana berdaulat Abu Dhabi.

“Mereka disyaki kerana melakukan penipuan, salah laku jenayah, salah laku di pejabat awam, pemalsuan dokumen, rasuah pegawai awam asing dan penggubahan wang haram, “katanya.

Pada November tahun lalu, prosiding lanjutan dibuka terhadap dua pegawai dari PetroSaudi Group atas dakwaan salah laku jenayah, melakukan penipuan bagi keuntungan komersil, rasuah pegawai awam asing, penggubahan wang haram dan salah laku di pejabat awam.

“Salah seorang daripada dua suspek juga disyaki memalsukan dokumen,” kata OAG, sambil menambah bahawa BEKAS PERDANA MENTERI, DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK BUKANLAH SALAH SEORANG PEGAWAI AWAM YANG DITUDUH. Pada Mei 2016, satu prosiding jenayah dibuka terhadap Bank BSI BA kerana OAG mengesyaki sesuatu dalam organisasi dalaman terebut.

“Adalah dipercayai disebabkan oleh kelemahan ini, bank tersebut tidak dapat menghalang perlakuan jenayah yang sedang disiasat.

“Dalam kes sama, pada Oktober 2016, OAG membuka kertas siasatan terhadap Falcon Private Bank SA kerana disyaki kerana kelemahan organisasi, ia mungkin telah membenarkan salah laku yang sedang disiasat dalam prosiding jenayah berkaitan dengan 1MDB,” katanya.

http://utusan.com.my/berita/nasional/peguam-negara-switzerland-jumpa-tommy-thomas-bincang-siasatan-1mdb-1.706586


Rujukan:
https://pakdin.my/tag/1mdb
https://pakdin.my/tag/switzerland

 

UTAMABERITAApa sudah jadi? - Peguam Negara Switzerland sahkan Najib tidak terlibat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium