Apakah Elizabeth Wong ambil alih exco agama Selangor? - pakdin.my

Elizabeth bertudung ketika berjumpa Nik Aziz
Elizabeth bertudung ketika berjumpa Nik Aziz

Kerajaan negeri Selangor dijangka memulangkan 300 Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) paling awal minggu depan, lapor Sin Chew Daily memetik kenyataan Exco negeri Elizabeth Wong.

Kata Adun Bukit Lanjan itu, kerajaan negeri juga tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai serbuan itu dan mendakwa kejadian berlaku ketika menteri besar sedang bercuti.

Menurut beliau lagi, pelbagai isu sensitif yang berlaku di Selangor  ada kaitan dengan UMNO dan mendakwa isu itu dimanipulasi selepas gagal mendapat kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Persoalannya, betulkah JAIS akan memulangkan bible yang mengandungi tulisan kalimah Allah yang dirampas dua minggu lalu?

Kebiasaannya barang rampasan adalah barang kes bukti perbicaraan di mahkamah kelak.

Kenapa pula Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar yang memaklumkan perkara itu bukannya Exco Agama Sallehen Mukhyi ataupun Tan Sri Khalid Ibrahim?

Mungkin ramai belum lupa kisah Elizabeth yang ‘kantoi’ dengan gambar-gambar separuh bogelnya yang dipercayai dirakam teman lelakinya tersebar meluas di laman sosial dan blog pada 2009.

Ekoran penyiaran foto-foto lucah itu, beliau terpaksa jumpa Mursydul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang orang ramai sedia maklum tujuannya.

Beliau juga dilaporkan bersedia melepaskan jawatan sebagai Adun dan Exco tetapi menerima semula dua jawatan berkenaan.

Sudah tentu sesuatu yang tidak wajar Elizabeth membuat kenyataan tersebut tanpa merujuk kepada JAIS, Sallehen dan Khalid.

Lebih tidak wajar lagi apabila beliau menuduh UMNO terbabit dalam rampasan bible oleh JAIS di Persatuan Bible Malaysia itu.

JAIS  sudah bertegas menyatakan serbuan itu dibenarkan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988.

Enakmen itu melarang penganut bukan Islam di Selangor daripada menggunakan 35 perkataan Arab dan frasa dalam keimanan mereka, termasuk Allah, nabi, injil dan insya-Allah.

Timbul persoalan, apakah Elizabeth sudah dipilih Khalid menggantikan Sallehen kerana gagal memastikan JAIS memaklumkan mengenai serbuan itu terlebih dahulu?

Memikirkan Elizabeth mengeluarkan kenyataan itu di Sarawak boleh dibayangkan juga kenapa isu itu dan kenyataan Pengarang The Herald Paderi Lawrence Andrew diperbesarkan.

Jawapannya, pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi dan pembangkang perlu ada isu besar untuk mempengerahi rakyat Sarawak khususnya yang beragama Kristian untuk membenci kerajaan sekarang.

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAApakah Elizabeth Wong ambil alih exco agama Selangor?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium