Arab Saudi mungkin naikkan harga petrol sehingga 80%

Arab Saudi pengeksport minyak terbesar dunia berusaha menghapuskan subsidi petrol dan tenaga.

Saudi juga akan memperkenalkan cukai VAT (GST) dan pemberian bantuan tunai seperti BR1M kepada golongan pendapatan rendah mengimbangi penarikan subsidi.

Kejatuhan harga minyak dunia dan pengekalan kepada subsidi bahan api petrol dan tenaga menyebabkan bajet defisit bagi bajet negara berkenaan.

***********
Arab Saudi merancang untuk menaikkan harga bahan api petrol domestik dan bahan bakar jet pada bulan Januari, sebahagian daripada program untuk secara beransur-ansur menghapuskan subsidi tenaga apabila kerajaan berusaha untuk memulihkan ekonomi dan mengimbangi belanjawan negara, menurut seorang yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Harga petrol ditetapkan meningkat sebanyak kira-kira 80%, sementara harga bahan bakar jet akan dinaikkan mengikut harga peringkat antarabangsa serentak, menurut sumber yang tidak mahu mendedahkan identiti kerana perkara itu bukan maklumat awam.

Petrol dan bahan api lain seperti diesel, minyak tanah dan minyak bahan api kegunaan berat akan menyaksikan peningkatan harga tambahan dalam beberapa tahun, kata orang itu.

Kecuali bahan bakar jet, harga tidak akan mencapai tahap harga antarabangsa sehingga tahun 2023, atau berkemungkinan sehingga tahun 2025. Tarif letrik tidak akan ditingkatkan secara langsung, tetapi akan meningkat secara berkala dengan harga tenaga lainnya, kata orang itu.

Pelan baru mewakili garis masa yang lebih perlahan untuk menghapuskan subsidi apabila kerajaan cuba mengimbangi kesan langkah-langkah dalam ekonomi yang dalam keadaan tidak menentu.

Pihak berkuasa mula menurunkan subsidi pada bulan Disember 2015 selepas bertahun-tahun perdebatan ketika harga minyak merudum. Pegawai-pegawai kemudiannya berkata mereka akan menghapuskan subsidi sepenuhnya pada tahun 2020, sebahagian daripada rancangan ‘Vision 2030’ Putera Mahkota Mohammed bin Salman untuk era pasca minyak.

Pengeksport minyak terbesar di dunia sedang berusaha untuk menampung harga yang rendah dan pemotongan perbelanjaan yang bertujuan untuk mengurangkan defisit bajet yang mencapai kira-kira 15% daripada keluaran dalam negara kasar pada 2015. Ekonomi menguncup pada dua suku pertama tahun ini.

Menteri Kewangan Mohammed Al-Jadaan berkata dalam satu wawancara pada bulan Oktober bahawa harga beberapa produk tenaga domestik bersubsidi akan naik ke paras antarabangsa lebih perlahan daripada yang dilaksana sebelumnya.

Pihak berkuasa tidak akan tergesa-gesa mengimbangi belanjawan menjelang 2019 untuk mengelak daripada merencatkan pertumbuhan, katanya. Belanjawan tahun depan akan diumumkan pada 19 Disember.

Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial akan mengumumkan butiran program pemindahan tunai, yang dikenali sebagai Akaun Rakyat, menurut siaran televisyen negara.

Pegawai berkata pembayaran yang dimaksudkan untuk mengimbangi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana untuk langkah-langkah penjimatan, akan bermula sebelum pemotongan subsidi pusingan seterusnya.

Arab Saudi akan memulakan pakej rangsangan untuk perniagaan “tidak lama lagi,” kata Fahad al-Sukait, presiden kandungan tempatan dan unit pembangunan sektor swasta dalam kerajaan, semalam dalam satu majlis di Dhahran, Arab Saudi Timur. – Bloomberg


Rujukan:
https://www.bloomberg.com/news/articles/2017-09-18/saudis-said-to-weigh-raising-gasoline-prices-by-end-of-november

18
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Abdul Razak
Guest

jqlau arab naikkan harga petrol 80% tak lah mahal macam nefara malaysia..bodoh punye admin..kecik2 tak nk mampos dah besar jadi bodoh..

Jaka Bayu Indera
Guest

3 benda di dunia ni jangan di jolok

1) sarang tebuan
2) azwan ali
3) bontot azwan ali…

Huhuhu…

Mohd Darus Said
Guest

Biar naik padan muka kite

Naj Yuj
Guest

Klu mcm tu, kerajaan barisan nasional betul la. ?

Abd Mutalib
Guest

Cer bagi tau berapa harga akan jadi kalu naik 80% pun…biul lah admun,page.ni

Hisham Maverick
Guest

Ko kira la klu ko pandai

Hisham Maverick
Guest

Biul ko ni

Abd Mutalib
Guest

Hahahaha..ko admin ker..sama2 biul..elok,jadi macai

Ramlee Tahar
Guest

Apalah bongok admin ni , pru dah dekat jangan ceta hal in,conform lepas pru kerajaan bn menang minyan naik melambong

Zaman Rahman
Guest

najib punya pasal la tu…
.

Jaka Bayu Indera
Guest

Kan kita tahu arab saudi pro amerika..apa la bodoh admin nie..

Mohamed Zuhri Amir
Guest

Puok² pembangkang bangang pasti terkezut²???

Affendy Trooper
Guest

cai cai mn suka crite mcm ni,,