ARAB SAUDI PECAT MENTERI KEWANGAN – STRUKTUR SUMULA EKONOMI AKIBAT KEJATUHAN HARGA MINYAK - pakdin.my

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi memecat Menteri Kewa­ngan, Ibrahim Abdulaziz al-Assaf sebagai sebahagian usaha menstrukturkan semula ekonomi negara ini disebabkan kejatuhan harga minyak.

Pemecatan Ibrahim, 67, disahkan agensi berita SPA yang memetik arahan bertulis oleh pemerintah negara ini, Raja Salman Abdulaziz semalam.

Ibrahim ketika ini dianggap sebagai Menteri Kewangan veteran kerana memegang jawatan itu selama 20 tahun.

Beliau akan digantikan oleh seorang peguam yang juga Ketua Penguasa Pasaran Modal yang me­nguruskan pasaran saham Saudi, Mohammed Aljadaan.

Sejak dua tahun lalu, harga minyak dunia jatuh sehingga memaksa negara pengeksport minyak terbesar dunia ini meminimumkan kebergantungan terhadap petroleum dalam menjana pendapatan.

Berikutan itu juga, Arab Saudi dikatakan mengunjur defisit bajet sehingga AS$87 bilion (RM364.8 bilion) pada tahun ini.

Sementara itu, Ibrahim, pada minggu lepas dilaporkan berkata, kedudukan kewangan negara ini masih kukuh walaupun berdepan dengan kejatuhan harga minyak serta beberapa tekanan lain.

“Kami masih mampu mengekalkan kedudukan yang baik dalam kewangan awam,” katanya.

Antara langkah yang diambil untuk mengatasi jurang fiskal itu termasuklah menarik semula rizab asing serta bon domestik yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Menurut data rasmi Arab Saudi, rizab negara ini jatuh kepada AS$562 bi­lion (RM2.35 trilion) bulan Ogos lalu berban­ding AS$732 bilion (RM3.06 trilion) pada penghujung tahun 2014.

Ketika ini, harga minyak dunia adalah sekitar AS$50 (RM209) setong selepas jatuh ke paras te­rendah dalam tempoh 10 tahun iaitu AS$30 (RM125) setong bulan Januari lalu.

Arab Saudi pecat menteri kewangan
Arab Saudi pecat menteri kewangan
UTAMADUNIAARAB SAUDI PECAT MENTERI KEWANGAN - STRUKTUR SUMULA EKONOMI AKIBAT KEJATUHAN HARGA...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium