AS jangan campuri urusan kehakiman Malaysia - pakdin.my

petition-anwar-us

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan adalah wajar untuk sepakat membantah mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan kehakiman negara.

Ia termasuklah Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan kenyataan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.

Sehubungan itu, rakyat kena beramai-ramai membantah tindakan AS yang mencampuri urusan Malaysia.

Bantahan ini telah dikeluarkan ekoran kenyataan White House menyatakan kekecewaan dan mempersoalkan kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan kehakiman Malaysia.

Ini kerana dengan jelas DNA dalam menyokong kes tersebut adalah sah dan sepadan 16 daripada 16.

Malah Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampel sendiri di mahkamah yang boleh membersihkannya.

Pada mulanya, Anwar juga menawarkan 14 saksi namun tiada siapa pun tampil ke hadapan.

Malah dia sendiri menolak untuk pemeriksaan balas.

Dalam hal reputasi Malaysia, Amerika Syarikat sendiri patut melihat kepada isu hak asasi manusia yang diperjuangkan mereka sendiri dan menghentikan penyeksaan kepada tahanan di Guantanamo Bay.

Oleh itu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan menggesa Amerika Syarikat berhenti campur tangan dalam badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia.

Sebelum ini AS menyuarakan kekecewaan dan kebimbangan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara kepada Anwar.

Kebimbangan itu disuarakan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Kedutaan Besar AS di Malaysia.

“Amerika Syarikat begitu kecewa dan bimbang dengan penolakan rayuan terakhir Anwar Ibrahim di atas sabitannya.

“Amerika telah mengikuti perjalanan perbicaraan Anwar dengan rapat dan keputusan untuk mendakwa Anwar dan perbicaraan mencetuskan kebimbangan berkenaan undang-undang dan kebebasan mahkamah di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut antara AS dan Malaysia wujud satu kerjasama yang kuat.

“Atas dasar hubungan ini, kami (AS) selalu membangkitkan kebimbangan serius berkenaan kes Anwar dengan pihak berkuasa Malaysia yang mementingkan keadilan, ketelusan dan badan kehakiman yang betul untuk menguatkan keyakinan kepada sistem kehakiman dan demokrasi di Malaysia,” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum parti PKR memulakan hukuman penjara beliau selama lima tahun bermula semalam.

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu mengekalkan sabitan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun lepas.

UTAMABERITAAS jangan campuri urusan kehakiman Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium