ASNB agih 6.40 sen pendapatan ASW 2020 - pakdin.my

PENGERUSI Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan kadar faedah Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) pada Majlis Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, hari ini.
PENGERUSI Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menunjukkan kadar faedah Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) pada Majlis Pengumuman Pengagihan Pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur,

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), mengumumkan agihan pendapatan 6.40 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2015.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM1.14 bilion yang dapat dimanfaatkan seramai 883,442 pemegang unit yang melanggan 17 bilion unit saham berkenaan.
“Kadar pengagihan pendapatan ASW 2020 itu adalah sangat berpatutan terutama dalam suasana kejatuhan pasaran saham semasa.
“Prestasi ASW 2020 sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2015 banyak dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham domestik dan global yang begitu mencabar terutama sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika mengumumkan agihan pendapatan saham itu di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

UTAMAEKONOMIASNB agih 6.40 sen pendapatan ASW 2020

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium