Asyik Berselfie Lupa 51,761 Ahli Puteri Umno Belum Daftar Sebagai Pemilih

puteri umno-pengundi-selfie

Seramai 51,761 daripada kira-kira 400,000 anggota Puteri UMNO yang berumur lebih 21 tahun masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sehubungan itu, beliau meminta Puteri UMNO di setiap Bahagian UMNO seluruh negara mencari dan mengenal pasti anggota berkenaan serta mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

“Kita dalam proses ke negeri-negeri dan bahagian bagi mengenal pasti anggota kita yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi, malah pada 27 Feb ini, kita akan sambung semula gerak kerja meningkatkan keahlian dan juga daftar pemilih di Johor Baharu.

“Kita perlu mengesan mereka kerana tanpa mereka kita boleh hilang undi, kita sasarkan untuk daftar 80,000 pemilih tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina Parlimen Masjid Tanah di sini malam Selasa.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata Puteri UMNO bersedia menggerakkan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak sekiranya diperlukan.

“Ia terpulang kepada jentera pilihan raya negeri, setakat ini kita tidak menerima apa-apa arahan untuk sama-sama membantu jentera mereka. Jika memerlukan jentera kita, kita akan bantu tetapi buat masa ini belum ada keperluan lagi,” katanya.

161
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Northan Faces
Guest

Northan Faces liked this on Facebook.

Ahlong Jelebu
Guest

Ahlong Jelebu liked this on Facebook.

Rahimah Mat Isa
Guest

Rahimah Mat Isa liked this on Facebook.

Muhd Khairi Muhd Khairi
Guest

Muhd Khairi Muhd Khairi liked this on Facebook.

Matta Yip
Guest

Matta Yip liked this on Facebook.

Muhammad Firdaus Abdullah
Guest

Muhammad Firdaus Abdullah liked this on Facebook.

Ayob Fauziah
Guest

Ayob Fauziah liked this on Facebook.

Kak Yah Sandy Hill
Guest

Kak Yah Sandy Hill liked this on Facebook.

Pudean Mohamed
Guest

Pudean Mohamed liked this on Facebook.

Encik Nahar
Guest

Encik Nahar liked this on Facebook.