Awang Tengah Nafi Ada Rancangan Gulingkan Taib Mahmud - pakdin.my

awang-tengahKUCHING, 23 Jan  — Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menafikan laporan beliau dalang di sebalik konspirasi menggulingkan Presiden parti Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Awang Tengah yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II juga menyifatkan laporan itu sebagai kerja ‘orang luar’ yang mahu melihat tunjang Barisan Nasional Sarawak berpecah dan lemah, terutama menjelang pilihan raya umum.

“Saya tegaskan tidak ada plot sedemikian. Saya sentiasa bersama dan komited kepada ketua menteri dalam semua situasi. Saya antara yang mahu ketua menteri terus mengetuai parti, kerajaan negeri dan rakan saya dalam parti tahu mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini Rabu.

Beliau juga percaya laporan ‘Plot to Topple Chief Minister of Sarawak’ (Rancangan untuk gulingkan ketua menteri Sarawak) yang diterbitkan akhbar tempatan semalam bersumberkan Sarawak Report, portal berpangkalan di luar negara dan dikenal pasti antikerajaan Sarawak, selain menerbitkan dakwaan yang diketahui umum sebagai palsu dan tidak berasas selama ini.

Mengenai dakwaan Sarawak Report mereka menerima dosir mengenai rancangan menyingkirkan Taib pada konvesyen parti Mei ini daripada sumber rapat Taib, Awang Tengah berkata tidak masuk akal bagi ‘sumber rapat’ ketua menteri itu menyerahkan dosir tersebut kepada portal yang selama ini menghentam ketua menteri dan kerajaan Sarawak.

UTAMABERITAAwang Tengah Nafi Ada Rancangan Gulingkan Taib Mahmud

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium