Azmin Ali Lari Ke Zurich, Bila Pejabat Sendiri Kena Serbu SPRM

Ketika Lim Guan Eng dituduh kes rasuah banglo Jalan Pinhorn, Setiausaha Agung DAP itu telah lari ke China kononnya atas urusan kerajaan negeri.

Skrip yang sama turut dilakukan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. Apabila SPRM menyerbu pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) pada 22 Ogos 2017. Azmin Ali awal awal lagi sudah ‘angkat kaki’ lari ke Zurich.

Melalui akaun twitter miliknya, jam 1.46 pagi, 22 Ogos 2017, hari yang sama SPRM serbu ofisnya. Azmin Ali telah tweet : “Tiba di Zurich petang tadi mengetuai delegasi pelaburan Kerajaan Negeri Selangor.”

Azmin Ali mungkin mendapat ilham itu dari Guan Eng. Mereka berdua dilihat menghabiskan masa bersama sama di Rainbow Skywalk, Komtar pada waktu tengahari sehinggalah makan malam bersama sama di Penang. Azmin mendapat ilham melarikan diri dari Guan Eng.

Manakala CEO MBI iaitu Raja Shahreen pula sedang berada di Mekah bagi mengerjakan ibadah haji.

Azmin ternyata berada dalam ketakutan apabila terdedahnya dokumen salah guna kuasa dan rasuah melibatkan dirinya sebagai CEO MBI. Dokumen itu telah terdedah kepada umum pada 8 Julai 2017 menerusi blog Selangor-Leaks.

Pemuda UMNO Kelana Jaya juga telah membuat laporan kepada pihak SPRM berkaitan “Skandal 16 Juta UNISEL” ini pada 8 Ogos 2017.

Skandal campur tangan MBI, yang mana Azmin adalah Pengerusinya, dalam penyelesaian pertikaian kontrak di antara syarikat Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dan Universiti Selangor (Unisel) melibatkan kos RM16 juta dipercayai dilakukan secara salah guna kuasa.

SPRM mengesan MBI menerusi Azmin Ali selaku CEO, telah meminta membuat pembayaran kepada JNSB melalui dua transaksi iaitu sebanyak RM10 juta pada 2015 dan RM6 juta pada 2016.

Sedangkan JNSB yang sebelum ini menjalankan kerja kerja penyelenggaraan kediaman pelajar di kampus UNISEL di Bestari Jaya telah pun ditamatkan kontrak oleh universiti berkenaan.

Atas alasan itu, SPRM dari Ibu Pejabat Putrajaya melakukan lima serbuan ke atas ketiga-tiga entiti terbabit.

Empat Pegawai SPRM melakukan serbuan di kampus induk Unisel, Bestari Jaya, Kuala Selangor, yang terdapat sebuah lagi pejabat JNSB, bermula pukul 11.10 pagi dan siasatan berakhir kira-kira lima jam setengah kemudian.

Dalam serbuan itu, Pegawai SPRM turut membawa keluar tiga kotak berisi dokumen.

Mungkin inilah sebabnya mengapa Azmin menjadi satu-satunya pemimpin kerajaan negeri yang paling takut untuk menjemput SPRM bagi mengangkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Kita tunggu dan lihat apa pula reaksi Nik Nazmi, Exco Pendidikan Negeri Selangor. Dipercayai turut sama ke Zurich  bersama Azmin. Diam Azmin tidak menjawab isu “Skandal 16 Juta” ini. Nik Nazmi kata RM16 juta itu “penyelesaian”. Penyelesaian atau “kawtim” ?

Memang begitulah cara Azmin, diam dan buat buat bisu pada semua isu di Selangor. Sama taktik macam bapa angkatnya, Mahathir. Soalan sidang DUN hanya 14% dijawab, sidang DUN yang patutnya 10 hari jadi 2 hari sahaja.

Rupanya Azmin enggan jawab sebab takut. Duit apa sampai RM16 juta ini?

Jika Azmin tidak bersalah, kenapa dia ‘lari’ ke Zurich dengan alasan pelaburan kerajaan negeri? Kenapa juga Azmin masih ‘keras kepala’ untuk “sign” ikrar bebas rasuah?

Rakyat Selangor harus lihat sendiri rakusnya kerajaan negeri Selangor. Duit yuran ribuan pelajar UNISEL telah dikumpul dan kemudian diberi RM16 juta pada syarikat yang sudah tamat kontrak.

Pelajar hendak belajar. Bayar yuran untuk kediaman yang selesa. Namun akhirnya, wang itu “dicuri” dan diberikan kepada “syarikat kroni”. Bila pejabat kena serbu, dia lari jauh ke “oversea”.

Kata duit rizab banyak sampai RM3 billion, hendak sapu duit pelajar UNISEL buat apa lagi?

12 Replies to “Azmin Ali Lari Ke Zurich, Bila Pejabat Sendiri Kena Serbu SPRM

Leave a Reply