Azmin Sediakan 5 Tol Untuk Rakyat Selangor

azmin-ali-tol

Janji-janji dalam manifesto pilihanraya pembangkang diperkudakan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali apabila pentadbiran beliau bakal memperkenalkan lima tol untuk rakyat negeri itu.

Sedangkan dalam perkara tiga buku Jingga pakatan pembangkang berjanji akan menghapuskan lebuh raya tol dengan pengambilalihan kerajaan.

“Campurtangan Sultan diperlukan. Rakyat menjunjung Kasih Ehsan Tuanku

“Selepas DEIG sebuah entiti yang bebas ‘check & ballance’ urus aset negeri.. Kini rakyat Selangor terus di’kencingkan’ oleh PKR.

“Janji-janji manifesto dimunafikkan oleh pentadbiran Azmin Ali,” kata Hamba Archidea Cronixx dengan merujuk Projek Pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang bakal mengenakan 5 tol di persimpangannya.

“Mohon pencerahan sikit demi kebenaran …. dulu rakyat sokong dan undi PR antara satu sebabnya ialah janji PR dalam manifestonya tol akan dihapuskan.

Yang ini apa kesnya .. Lebuhraya Baharu yang diluluskan katanya oleh Kerajaan Negeri Selangor … LEBUHRAYA EKVE, “kata Hanisya Abdul Hamid.

Sebelum ini, Jawatankuasa “Say No To Kidex” (SNTK) memuji langkah Azmin membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), namun dibimbangi ada motif tersembunyi.

Ahli jawatankuasa SNTK Mak Khuin Weng dilaporkan theantdaily.com berkata, “mereka optimistik dan gembira dengan Azmin, namun tetap berhati-hati.”

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepadanya, namun kami juga meminta MB untuk membuang apa sahaja yang berkaitan Kidex dalam Laporan Tinjauan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035,” katanya ketika dihubungi.

“Inilah kesan rumit perundangan yang sebenar jika mereka (kerajaaan negeri) meneruskan Kidex, dan akan bertentangan dengan pendirian terbaru mereka untuk membatalkan projek itu,” kata Mak.

Ketika ditanya sama ada sudah tiba masanya kerajaan negeri membatalkan projek Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan cadangan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang akan memberi kesan kepada hutan tadahan air di Selangor, Mak berkata: “Selangor kekal membisu berhubung DASH dan EKVE. Namun tentulah syarat bagi Kidex turut terpakai kepada DASH dan EKVE.”

“Kidex adalah usahasama antara kerajaan persekutuan dan negeri. Ada kroni yang tentunya bersedih apabila kerajaan telah berkata “tidak” kepada Kidex.

“Namun jika Azmin benar-benar bertindak bagi pihak rakyat yang terjejas, beliau kini perlu menumpukan untuk membatalkan DASH dan EKVE pula, ulas theantdaily.com.

Laman itu mengambil sikap berhati-hati dengan Azmin berdasarkan pengajaran daripada episod Langkah Kajang.

“Dalam episod panjang “Langkah Kajang”, Azmin sentiasa menafikan minat untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

“Beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Namun akhirnya, Azminlah yang menggantikan Khalid. Cakap-cakap dalam PKR kini mendakwa, Azmin telah bertindak di belakang tabir untuk memastikan pelantikannya sebagai MB baru,”ulasnya lagi

Leave a Reply