Baik pulih infrastruktur rosak akibat banjir Kelantan dijangka siap pada September - pakdin.my

banjir-kelantan-infra

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM380 juta bagi membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir yang berlaku di Kelantan pada Disember tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha berkata peruntukan berkenaan disalurkan kepada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan untuk membiayai kerja-kerja membaik pulih infrastruktur tersebut.

“Sebahagian besar kerja membaik pulih kerosakan tersebut telah siap manakala bakinya akan disiapkan sebelum atau pada September depan,” katanya.

Makhtar berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) diperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi membaik pulih jalan dan cerun di 124 lokasi yang rosak akibat banjir dan kesemuanya sudah siap dibaiki.

Antara jalan terbabit ialah Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Jalan Lama Pasir Mas-Rantau Panjang dan laluan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik.

UTAMABaik pulih infrastruktur rosak akibat banjir Kelantan dijangka siap pada September

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium