Bajet 2015 – Inti pati Laporan Ekonomi 2014/2015

NAJIB-BAJET-2015

Berikut ialah inti pati Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sempena Pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

* Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2015 dijangka kekal berdaya tahan dan mencatat pertumbuhan antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus.

* Keluaran Negara Kasar Malaysia meningkat pada kadar purata tahunan 5.8 peratus sejak pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi

* Pendapatan isi rumah Malaysia tahun ini menunjukkan corak positif, selari prestasi ekonomi yang kukuh.

* Malaysia mengekalkan penguasaannya dalam pasaran sukuk global apabila menguasai 63 peratus terbitan sukuk global pada separuh pertama tahun ini.

* Dasar monetari Malaysia kekal akomodatif, tumpuan ke atas usaha menyokong pertumbuhan ekonomi mampan dalam persekitaran harga yang stabil.

* Sektor pembuatan Malaysia dijangkakan mencatat prestasi lebih baik pada 2014, dengan pertumbuhan 6.4 peratus berbanding 3.5 peratus pada 2013, didorong oleh aktiviti ekonomi domestik yang baik dan pemulihan sektor luaran.

* Malaysia terus menjadi peserta utama dalam industri pengurusan dana Islam, menyumbang kira-kira 25 peratus aset Islam dalam pengurusan global sehingga 17 Jun, 2014.

* Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas usaha membangunkan sektor kewangan yang progresif, mampan dan inklusif.

* Jumlah hutang isi rumah meningkat pada kadar paling perlahan sejak 2010, sebanyak 9.9 peratus kepada RM904.3 bilion sehingga Jun 2014 atau 86.7 peratus nominal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

* Jaminan Kredit dan Kemudahan Pelaburan dalam rangka kerja Inisiatif Pasaran Bon Asia sedang mengkaji usaha untuk mengukuhkan pasaran bon tempatan dan membangunkan pasaran baharu untuk bon.

* Kerajaan-kerajaan dan bank pembangunan multilateral perlu mengenal pasti kaedah inovatif bagi membiayai projek-projek berasaskan infrastruktur secara usaha sama dengan entiti swasta bagi memastikan aliran berkekalan bagi memenuhi permintaan untuk pembiayaan.

* Pembangunan minyak dan syal global boleh mewujudkan kedudukan baharu dalam dagangan minyak sedunia pada masa akan datang.

* Subsektor kewangan dan insurans dijangka mengekalkan pertumbuhan pada 1.8 peratus pada 2014 selepas menyederhana kepada 1.5 peratus pada separuh pertama tahun ini.

* Nilai tambah sektor perlombongan dijangka kekal kukuh pada 0.7 peratus tahun ini (2013:0.7 peratus) berikutan keluaran minyak mentah yang lebih tinggi (termasuk pemeluwapan) dan gas asli pada separuh kedua 2014.

* Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk menambah penyertaan wanita dalam tenaga kerja, termasuk melantik mereka ke jawatan yang lebih tinggi dalam sektor swasta.

* Pengeksport Malaysia perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti menambah nilai tinggi untuk kekal relevan dan kompetitif dalam persekitaran dagangan global yang dinamik.

* Syarikat-syarikat Malaysia akan dapat meneroka pasaran yang lebih luas menerusi Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau yang menawarkan peluang besar untuk mereka.

* Ekonomi global dijangkakan mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh pada 3.9 peratus pada 2015, dipacu oleh pertumbuhan dalam perdagangan dunia dan peningkatan aliran pelaburan pada 12.5 peratus kepada US$1.8 trilion berbanding US$1.6 trilion pada 2014.

* Kerajaan akan memastikan perbelanjaan berhemat dengan keutamaan kepada projek berimpak tinggi bagi memperkukuh pengurusan fiskal yang berkekalan.

Leave a Reply