Bajet 2015 – Penjawat awam mungkin terima penambahbaikan dalam - pakdin.my

Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

“Saya rasa mungkin ada sedikit penambahbaikan namun apa-apa penambahbaikan yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan kerajaan.

“Apa yang penting, kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan defisit kerajaan seperti yang disasarkan setiap tahun sehingga 2020,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Digital Kebangsaan (NDC) 2014 di sini hari ini.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan Bajet 2015 di Parlimen esok.

Mengenai NDC 2014, Ali berkata ia adalah platform menambah baik inisiatif teknologi sedia ada, selain melihat trend teknologi komunikasi maklumat yang boleh diadaptasi dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

UTAMAEKONOMIBajet 2015 - Penjawat awam mungkin terima penambahbaikan dalam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium