Bajet Autanatif PH: Dulu Kutuk Kerajaan Hapus Subsidi Gula Dan BR1M – Sekarang Guna Pakai #Bajet2018  - pakdin.my

Bajet alternatif Pakatan Harapan untuk 2018 menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengembalikan subsidi gula atas sebab kesihatan dan akan mengekalkan BR1M.

Pada tahun 2013, para politikus Pakatan Harapan menghentam kerajaan dengan teruk sekali apabila kerajaan memansuhkan subsidi gula atas sebab kesihatan.

Pelbagai tuduhan-tuduhan fitnah direka olah mereka – langkah ini menzalimi rakyat, ini untuk memperkayakan kroni, alasan kesihatan adalah mengarut, kerajaan tak ada duit.

Kini Pakatan Harapan buat U-Turn dan jilat balik dengan mengunakan sebab yang sama untuk tidak mengembalikan subsidi gula.

Begitu juga dengan BR1M yang sehingga hari ini Mahathir kata ini ialah dedak “cash is king”. Apabila BR1M diperkenalkan dan setiap kali dinaikkan, Pakatan tuduh BR1M hanya untuk membeli rakyat dan untuk menang pilihanraya.

Kini, Pakatan buat U-turn dan sokong BR1M diteruskan kerana sebab yang diberi oleh kerajaan bahawa BR1M akan membantu rakyat dan sudah terbukti.

Semua langkah polisi kerajaan untuk kebaikkan rakyat dan ekonomi pernah di serang teruk oleh Pakatan. Kini mereka bersetuju pula.

HANYA TUNGGU MASA SAHAJA BILA PAKATAN AKAN U-TURN LAGI DAN SETUJU DENGAN GST PULA.

HANYA TUNGGU MASA SAHAJA BILA PAKATAN AKAN SETUJU BAHAWA GST PENTING UNTUK MEMPERKASAKAN EKONOMI DAN DAYA SAING NEGARA DAN MERUPAKAN CUKAI YANG PALING EFISIEN DAN ADIL.

*******

Rujukan:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2017/10/25/bajet-alternatif-ph-cadang-mansuh-gst-kekalkan-br1m/

UTAMAEKONOMIBajet Autanatif PH: Dulu Kutuk Kerajaan Hapus Subsidi Gula Dan BR1M -...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium