Bakal terbongkar!! Pegawai FBI Dirasuah Untuk Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah - pakdin.my

KENYATAAN MEDIA

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao

Tajuk : Bakal terbongkar!! Pegawai FBI Dirasuah Untuk Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah 

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) dipercayai ada maklumat difahamkan bahawa ada pegawai dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) mungkin terlibat dalam perbuatan rasuah melibatkan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Ramesh Rao berkata pihak yang dirasuah itu dikatakan memainkan peranan mempengaruhi DOJ sehingga satu saman sivil diumumkan difailkan ke atas syarikat 1MDB untuk kononnya merampas beberapa aset berkaitan syarikat itu.

“Bakal terbongkar? Pegawai FBI dirasuah untuk pengaruhi DOJ!! Siapa yang rasuah pegawai FBI?” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau ada maklumat bahawa pihak DOJ telah ditipu dengan maklumat dan fakta yang palsu dengan niat untuk memberikan imej buruk kepada Malaysia.

Difahamkan pegawai badan berkenaan disogok untuk mempengaruhi DOJ mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu.

“Dalam hal ini, ia bakal terbongkar tidak lama lagi, kita tunggu dan lihat sahaja,” kata Ramesh.

Kes melibatkan syarikat 1MDB semakin hari sudah semakin dilupakan kerana banyak dakwaan melibatkan syarikat berkenaan sudah dibuktikan tidak berasas oleh siasatan dan oleh pihak berkuasa banyak negara.

Ramesh berkata sebelum ini, pihak berkuasa Switzerland telah awal-awal menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan suspek atau subjek siasatan pihak DOJ.

“Pihak pembangkang di Malaysia masih lagi menuduh Najib menyembunyikan fakta dan mengulangi persepsi bahawa sebearnya Najib yang terlibat,” katanya.

Hari ini, akhbar The Independent UK sudah pun memetik sumber rasmi dari Malaysia yang menyatakan bahawa berita berkenaan masalah 1MDB dan juga seorang ahli perniagaan Jho Low adalah semata-mata satu berita palsu.

https://pakdin.my/the-independent-uk-dakwa-laporan-kes-1mdb-dan-jho-low-adalah-berita-palsu/

“Lebih banyak perkara akan terbongkar pada masa depan dan rakyat Malaysia akan menerima lebih banyak pendedahan maklumat sebenar berkenaan kes ini,” katanya dalam kenyataan itu.

23 Mac 2017

4.58 petang

UTAMAEDITORIAL1MDBBakal terbongkar!! Pegawai FBI Dirasuah Untuk Pengaruhi DOJ Keluarkan Kenyataan Fitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium