Bangunan Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, Selayang terbakar - pakdin.my

sekolah-taman-samudera-selayang-terbakar

Kira-kira 300 pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, Selayang di sini, panik selepas bangunan sekolah mereka terbakar ketika sesi sekolah hari ini masih berjalan.

Kebakaran itu pada jam 11.45 pagi tadi, membabitkan aras tiga satu daripada blok bangunan di sekolah terbabit yang menempatkan bilik pemulihan kosong.

Guru Besar sekolah itu, Azman Mohd Aris ketika dihubungi berkata tiada kemalangan jiwa dan semua pelajar dikeluarkan dengan selamat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kebakaran dipadamkan pada jam 12.48 tengah hari tadi dan mengakibatkan lima bilik darjah, stor meja dan stor buku musnah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kebakaran bagi mencari punca kejadian itu,” katanya.

UTAMABERITABangunan Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, Selayang terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium