BANJIR: Cabaran Anggota Penyelamat Dalam Misi Membantu Mangsa (video)

EC725 hantar bantuan makanan ubatan
Laporan berikut menggambarkan cabaran dan risiko dihadapi anggota penyelamat mangsa banjir.
Operasi menyelamat mangsa banjir menerusi udara berhadapan cabaran getir.
Aset udara milik tentera, polis dan bomba terpaksa menempuh cuaca tidak menentu.
Kabus tebal, angin kencang dan hujan lebat memberi risiko.
Mencari tempat mendarat juga bukan senang kerana banyak kawasan ditenggelami banjir.
Misi kemanusiaan yang menjadi tanggungjawab menyebabkan segala cabaran dan kesukaran ditempuhi dengan cekal.
Matlamat perlu disempurnakan iaitu memastikan bantuan sampai kepada mangsa meskipun berlaku kelewatan ekoran halangan tersebut.
Arus deras turut menyukarkan bot sarat dengan mangsa dan bantuan makanan.
Namun itulah yang perlu ditempuh berulang alik agar dapat membawa mangsa ke lokasi selamat.

 

 

Leave a Reply