BANJIR: Helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir (kemaskini)

SEORANG kru helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah petang tadi diberikan rawatan dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah, Kelantan
SEORANG kru helikopter Ecureuil Unit Udara Polis yang terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah petang tadi diberikan rawatan dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah, Kelantan

Sebuah helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata empat pegawai polis, termasuk seorang pegawai wanita yang berada dalam helikopter itu cedera.

“Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Keempat-empat mereka dikejarkan ke Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya menyatakan dua juruterbang dan dua kru helikopter berkenaan selamat.

“Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat,” katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan saksi melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum menjunam ke darat selepas kedengaran satu letupan.

banjir-helikopter-pdrm-terhempas---

banjir-helikopter-pdrm-terhempas--

Leave a Reply