Banjir Lumpur Tongod, Sabah: 3 Mayat Mangsa Di Temui - pakdin.my

KINBATANGAN: Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod, Kinabatangan ditemui di dua lokasi berasingan.

Dua mangsa pertama ditemui malam tadi oleh penduduk Kampung Masaum, manakala satu lagi ditemui tadi pagi di kampung berhampiran iaitu Kampung Mangkawago.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari keempat hari ini tertumpu di dua kawasan terbabit susulan laporan penemuan itu.

Operasi mencari mangsa hari ini tertumpu di kawasan sungai sekitar Kampung Masaum dan Mangkawago menggunakan tiga bot penyelamat dan orang awam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, sembilan sekeluarga warga Filipina hilang selepas rumah mereka dihanyutkan banjir lumpur akibat tanah runtuh di Ladang Sen Fu, dekat Tongod.

Dua daripada mangsa iaitu Jalikha Malingkut, 50, dan suaminya Abdul, 50, ditemui selamat di Sungai Penangah, pagi Sabtu lalu. Tujuh yang hilang membabitkan empat anak pasangan itu dan cucu mereka.

UTAMABERITABanjir Lumpur Tongod, Sabah: 3 Mayat Mangsa Di Temui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium