BANJIR: Mayat guru, Nurhayati Sulong dihanyut arus ditemui (video)

jenazah Norhayati Sulung

CHUKAI: Mayat Norhayati Sulung, 37, yang hilang dihanyutkan arus deras bersama suaminya selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka menuju ke pusat pemindahan banjir Rabu lalu terbalik, ditemui petang ini.

Mayat Norhayati yang juga seorang guru ditemui tersangkut di Sungai Kemaman, jam 4 petang, kira-kira 150 meter dari tempat mereka terjatuh daripada bot berkenaan.

jenazah Norhayati Sulung 2

Penemuan mayat itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun, anggota penyelamat masih meneruskan usaha mencari suami mangsa, Suhaimi Awang, 37.

Dalam kejadian jam 1.20 petang Rabu lalu, kedua-dua mangsa hilang selepas bot penyelamat yang mereka naiki terbalik ketika operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Geliga Che Akob, di sini.

Ketika kejadian kedua-dua mereka bersama tiga lagi mangsa lain serta seorang anggota bomba dan dua anggota polis menaiki bot berkenaan, sebelum dipercayai terperangkap dalam pusaran air menyebabkan bot itu terbalik.

Semua penumpang yang memakai jaket keselamatan terhumban ke dalam air, tetapi Nurhayati dan Suhaimi hanyut dibawa arus deras.

 

 

Comments (No)