BANJIR: Tiga langkah bantuan dan kenapa tidak isytihat darurat – @NajibRazak

najib-banjir-jambatan-sultan-yahya

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan bantuan khusus RM500 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara, (MKN) kepada mangsa banjir yang kediaman dan kenderaan mereka musnah di semua negeri yang terjejas.

“Bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain.

“Langkah kedua ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.

“Langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula pinjaman mangsa yang terlibat,” kata Perdana Menteri pada sidang media, Sabtu.

Menurutnya, keadaan darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kerugian kepada mangsa lantaran mereka tidak akan dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Sebelum itu, beliau menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Yang jelas, beliau mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.

Mengetepikan protokol, Perdana Menteri turut makan apa yang dimakan mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.

Turut serta ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Leave a Reply