Bantah Kenaikan Kadar Lesen Perniagaan 400% Di Selangor - pakdin.my

Bantah Kenaikan Kadar Lesen Perniagaan Di Selangor

Parti Gerakan Selangor hari ini mengadakan perhimpunan aman dan menyerahkan memorandum kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya, MPSJ bagi membantah tindakan kerajaan negeri menaikkan kadar bayaran lesen perniagaan sehingga 400 peratus.

Kenaikan secara mendadak itu, dilihat membebankan peniaga lebih-lebih lagi, tiada notis diberikan bagi memaklumkan kenaikan kadar bayaran berkenaan.

Selain anggota parti gerakan, perhimpunan turut disertai kira-kira 40 peniaga di sekitar Selangor.

Memorandum bantahan diserahkan oleh Naib Pengerusi Gerakan Selangor, Chong Chee Yen kepada Timbalan Setiausaha MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali.

Mengikut caj baharu, peniaga mendakwa terpaksa membayar dari kadar asal RM180 kepada RM1,200.

Ia membabitkan 586 jenis perniagaan di Selangor.

 

 

UTAMAPOLITIKBantah Kenaikan Kadar Lesen Perniagaan 400% Di Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium