Bantuan Untuk Bumiputera Tak Bercanggah Dengan 1Malaysia

Pemerkasaan-Ekonomi-Bumiputera

Seperti yang dijangka, masyarakat Cina pasti akan mengkritik Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa pada hari ini, MCA sebenarnya sudah tidak wujud kerana parti itu sudah pun ‘berasimilasi’ dengan DAP. Justeru, apabila kita menyebut masyarakat Cina, ia turut membawa makna pembangkang, iaitu DAP.

Secara dasarnya, masyarakat Cina memilih untuk menolak Barisan Nasional pada PRU-13 kerana enggan mengiktiraf Hak Istimewa Bumiputera. Bagi mereka, ia adalah satu polisi yang tidak adil kerana bersifat memberi bantuan dan kelonggaran kepada satu golongan sahaja. Lebih dari itu, mereka menganggap bantuan yang diberikan kepada bumiputera itu adalah dari hasil kerja mereka. Pendek kata, mereka menuduh kerajaan mengambil bahagian kek mereka untuk diberi kepada bumiputera.

Tanpa mereka sedar, mereka tidak mungkin akan mendapat bahagian kek tersebut jika kerajaan tidak menyediakan bahan-bahannya seperti peluang dan projek untuk berkembang. Malah kek tersebut juga mungkin telah habis dimakan tanpa bumiputera yang mewakili daya beli terbesar. Bumiputera pula telah memberikan sebahagian dari dapur mereka untuk masyarakat Cina duduk dan makan, maka seharusnya masyarakat Cina duduk dan makan sahajalah kek mereka tanpa membuat bising.

Dengan mengumumkan program pemerkasaan ekonomi bumiputera, kerajaan bukannya menyuruh masyarakat Cina keluar dari dapur, dan kerajaan juga tidak mengambil bahagian kek dari dulang masyarakat Cina. Sebaliknya, kerajaan menyediakan bahan-bahan lain untuk bumiputera dan menyuruh bumiputera membuat kek sendiri.

Setelah berkongsi dapur dan mempunyai kek masing-masing, maka kerajaan mengharapkan agar masyarakat Cina dan bumiputera dapat duduk dan makan bersama-sama bagi menepati semangat 1Malaysia.

Hakikat ekonomi itu adalah ia saling bergantungan. Kerana itu, semua negara termasuk negara-negara maju turut mengamalkan dasar diskriminasi positif dalam keadaan tertentu. Amerika Syarikat, misalnya, memberi kemudahan dan kelonggaran tertentu kepada warga kulit hitam bagi meningkatkan ekonomi mereka. Dasar seperti ini penting bagi memastikan kerajaan dapat menumpukan kepada perkara yang lebih penting tanpa diselubungi masalah sosial di dalam masyarakat yang terhasil dari kemunduran sesuatu kumpulan.

Justeru, kaum Cina tidak boleh mengambil sikap bongkak kononnya merekalah yang membawa kemajuan di negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi bagi menjana ekonomi negara. Kaum Cina tidak boleh melihat kaum bumiputera sebagai penghalang kepada cita-cita mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada. Sikap angkuh dan pentingkan diri ini tidak menguntungkan sesiapa kerana kita saling bergantung sesama sendiri. Walau apapun, kaum Cina tetap memerlukan daya beli dan tenaga kerja dari bumiputera untuk menjadi lebih kaya.

Kaum Cina tidak akan menjadi lebih kaya dengan memijak bumiputera. Sekiranya bumiputera semakin ketinggalan dalam ekonomi, ia akan turut menjejaskan kitaran ekonomi negara. Ia juga akan menyumbang kepada lebih banyak masalah sosial yang timbul dari kemiskinan. Lebih buruk lagi, ia turut mampu menyumbang kepada ketidakstabilan dan seterusnya kemusnahan. 13 Mei adalah sejarah yang paling berharga untuk kita semua. Namun, malang sekali, orang-orang Cina enggan belajar darinya, malah menidakkannya.

Bukan sahaja 13 Mei, tetapi Reformasi Indonesia juga berpunca dari masalah yang sama iaitu kaum pribumi yang semakin lama semakin terpinggir akibat ketiadaan usaha yang berkesan untuk merapatkan jurang ekonomi.

Benar, bahawa Hak Istimewa Bumiputera yang tercipta dari DEB banyak turut membawa berbagai masalah sampingan. Namun, selagi ada usaha, selagi itu ada harapan yang matlamatnya akan tercapai. Sekiranya tiada langsung polisi yang seumpamanya, maka jurang ekonomi akan semakin meluas dan mendedahkan negara kepada berulangnya tragedi berdarah 13 Mei

Justeru, pengumuman Model Ekonomi Bumiputera (MEB) di bawah program memperkasa ekonomi bumiputera ini seharusnya diterima secara positif oleh masyarakat Cina kerana ia mencerminkan kesedaran kerajaan terhadap masalah yang timbul dalam DEB serta azam untuk terus memperbaikinya.

Kritikan masyarakat Cina kononnya ia bakal menjauhkan lagi masyarakat Cina dari BN menggambarkan pemikiran yang cetek kalaupun tidak rasis atau tamak haloba. Sebenarnya, semakin mantap ekonomi bumiputera, semakin mantaplah juga ekonomi masyarakat Cina. Lebih dari itu, keseimbangan ekonomi akan membantu menurunkan kadar jenayah dan juga masalah sosial di negara ini sekali gus membentuk kehidupan yang lebih baik untuk semua.

Masyarakat Cina wajar belajar berfikir lebih jauh dari sekadar untung rugi sahaja. Ingatlah kata-kata pepatah, “orang tamak, selalunya rugi”.

Leave a Reply