Banyak Negara Ingin Belajar Kaedah Malaysia Hadapi Lanun Somalia - pakdin.my

BAGAN DATOH, 13 Ogos (Bernama) — Beberapa buah negara berminat mencontohi Malaysia yang mengadakan kawalan terhadap kapal-kapal dagangnya semasa berlayar di Teluk Aden daripada ancaman lanun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya wakil negara-negara terbabit telah berjumpa dengan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengenai perkara itu.

“Mereka bertanya kaedah yang boleh dipelajari untuk mereka mengadakan modus operandi yang sama di Teluk Aden dan kita telah mula mengadakan perbincangan dengan negara-negara berkenaan tentang bagaimana operasi ini dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sebuah lagi kapal tambahan iaitu Bunga Mas 6 akan dihantar oleh pasukan khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) bagi meneruskan Operasi Fajar (Ops Fajar) di Teluk Aden.

Ahmad Zahid berkata sejak Ops Fajar dilancarkan, Malaysia berjaya menyelamatkan barangan dagangan bernilai kira-kira RM7.5 bilion daripada dirompak lanun Somalia.

UTAMABERITABanyak Negara Ingin Belajar Kaedah Malaysia Hadapi Lanun Somalia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium