Barisan Exco Baru Pulau Pinang – 8 ADUN DAP dan 3 PKR, Tanpa PAS

Baerisan Exco Pulau Pinang 2013

Baerisan Exco Pulau Pinang 2013

ADUN Pantai Jerejak, Rashid Hasnon dari PKR dilantik Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang bagi menggantikan Datuk Mansor Othman.

Beliau antara Ahli  Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di hadapan Yang DiPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pagi tadi.

Majlis mengangkat sumpah berlangsung di Dewan Sri Pinang jam sembilan pagi tadi, di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Barisan Exco itu dianggotai 8 ADUN DAP dan tiga PKR.

Manakala PAS sekali lagi terkeluar dari senarai.

Mendahului senarai, Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang memegang lima portfolio.

Manakala, Profesor P. Ramasamy kekal Timbalan Ketua Menteri Dua.

Pengerusi DAP Negeri, Chow Kon Yeow terus memegang kerajaan tempatan, pengurusan lalu lintas dan tebatan banjir.

Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh, Law Heng Kiang juga dikekalkan dengan portfolio masing-masing.

Antara muka baru – ADUN Padang Lalang, Chong Eng, Exco Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Komuniti Dan Kesenian.

ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengetuai Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan.

Leave a Reply