PRU14: Barisan Nasional Membela Wanita Tidak Seperti PH Yang Pergunakan Wanita - pakdin.my

Manifesto Wanita BN yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi BN pada 7 April lepas ternyata satu agenda pembangunan wanita yang jelas dan penuh komprehensif.

80 peratus daripada 364 inisiatif dalam manifesto Barisan Nasional adalah memanfaatkan golongan wanita. Dua hari lepas, 5,000 orang wanita Barisan Nasional hadir memberikan sokongan penuh manifesto tentang wanita ini di PWTC dalam Program Ratu Hati Negaraku.

Banyak perkara yang memanfaatkan wanita di seluruh negara telah disentuh. Antaranya adalah penetapan gaji minimum secara berperingkat kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Insentif cukai kepada 24 bulan bagi wanita yang kembali semula ke pasaran pekerjaan. Cuti khas 7 hari setahun kepada wanita yang menjaga anak atau saudara terdekat yang sakit.

Skim waktu kerja anjal kepada ibu-ibu yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah. Meningkatkan jumlah pemberian unit amanah percuma ADAM50.

Pemeriksaan kesihatan rutin tanpa syarat di klinik-klinik kesihatan kerajaan (35-40 tahun). Akta Gangguan Seksual untuk melindungi mangsa dari gangguan seksual

Pas Pengangkutan Awam TN50 berharga antara RM50 – RM150 yang memberi akses perjalanan tanpa had sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU.

Bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 untuk anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Membenarkan kakitangan lelaki sektor awam bercuti tanpa rekod selama 10 hari apabila isteri melahirkan anak.

Selama enam dekad Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan kaum wanita, malah kaum wanita diberikan keutamaan yang utama dalam manifesto BN kali ini.

Tidak seperti Pakatan Harapan yang sampai hari ini tidak berani langsung membuat manifesto di Selangor dan Pulau Pinang. Malah agenda khusus untuk wanita tiada langsung dalam polisi pembangkang di dua negeri itu.

Hanya ekploitasi wanita seperti Dyana Sofya sahaja, kemudian bila selesai diekploitasi di Teluk Intan dalam PRK beberapa tahun lepas, DAP tidak mahu gunakan Dyana Sofya lagi.

Lihatlah bagaimana Gan Pei Nei, ADUN Rawang dari PKR yang menangis nangis kerana difitnah oleh orang PKR sendiri. Bukan itu sahaja, lihat bagaimana Norlela, ADUN PKR Penanti dibuli sebegitu sahaja oleh Guan Eng di Pulau Pinang.

Dalam PRU12, seramai 36 orang calon wanita BN menjadi wakil rakyat berbanding hanya 29 orang sahaja di pihak pembangkang. Dalam PRU13, sejumlah 40 orang wanita BN menjadi YB berbanding jumlah yang kecil dalam pembangkang.

Kali ini dalam PRU14, ramai calon Wanita yang ditampilkan BN di kerusi parlimen dan DUN di seluruh negara. Hanya BN yang memartabatkan dan membela kaum wanita, pembangkang hanya ekploitasi sahaja kaum wanita untuk tujuan politik mereka semata mata.

#ManifestoBN
#ManifestoWanitaBN
#RatuHatiNegaraku
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

Tulisan :
Beruang Biru
BB889, Khamis
26 April 2018

UTAMAPILIHAN RAYAPRU14: Barisan Nasional Membela Wanita Tidak Seperti PH Yang Pergunakan Wanita

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium