Bas Ke Genting Highlands Terbabas, Seorang Penumpang Cedera - pakdin.my

kemalangan-jalan-batang-kali-genting

Seorang penumpang cedera parah apabila bas persiaran yang membawa 22 penumpang terbabas ke dalam longkang di Km 3 Jalan Batang Kali-Jalan Genting, awal pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bidin berkata lelaki berumur 58 itu patah kaki kanan akibat tersepit dalam kejadian pukul 5 pagi tersebut dan kini dirawat di Hospital Selayang.

Beberapa penumpang lain termasuk pemandu bas itu dilapor mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas kejadian itu, Zulkifli berkata nahas berlaku dalam keadaan hujan renyai apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas tersebut, menyebabkan pemandunya mengelak ke tepi jalan.

“Tindakannya mengakibatkan bas yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Genting Highlands itu terbabas dan masuk ke dalam longkang,” katanya menambah semua penumpang rakyat tempatan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian 24 minit kemudian.

Operasi tamat pada pukul 6.28 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan, katanya.

UTAMABERITABas Ke Genting Highlands Terbabas, Seorang Penumpang Cedera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium