Bayaran BR1M mulai Khamis Ini - pakdin.my

BRIM 2

Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 hanya akan dibuat mulai Khamis ini dan bukan Ahad lepas seperti yang disebarkan melalui laman sosial dan aplikasi telefon pintar.

Mesej BR1M yang tersebar mendakwa orang ramai boleh mengeluarkan BR1M mulai 11 Januari di CIMB Bank dan Bank Rakyat, Bank Muamalat dan Bank Islam (12 Januari) manakala bank-bank lain pada 13 dan 14 Januari.

Ada pihak yang membuat rakyat marah kerana mereka terpaksa pergi ke bank beratur untuk keluarkan BR1M.

Esok baru selesai dihantar semua 18 bank terpilih dan pada Khamis ini barulah penerima boleh mengeluarkan bantuan BR1M.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pengagihan baucar BR1M akan dibuat mulai 17 Januari dan dijangka berakhir pada 31 Mac.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan memutuskan pembayaran BR1M yang dijadual pada akhir Januari dipercepatkan mulai 15 Januari dan ia akan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada penerima dari negeri-negeri yang dilanda banjir.

7.1 juta penerima layak menerima BR1M membabitkan bayaran RM5.3 bilion pada tahun ini berbanding 7 juta penerima dengan bayaran RM3.64 bilion pada tahun lepas.

Pada tahun ini, 4.4 juta penerima daripada kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan menerima RM950 yang dibayar tiga kali setahun iaitu RM300 pada Januari dan Mei manakala bakinya sebanyak RM350 dibayar mulai September ini.

Selain itu, 400,000 penerima daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 yang layak menerima RM750 akan menerima RM200 pada Januari dan Mei manakala bakinya RM350 akan dibayar pada September.

Bagi 2.3 juta penerima individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, beliau berkata bayaran sekali gus sebanyak RM350 akan dibuat pada bulan ini.

“Kita akan membayar BR1M dalam dua peringkat. Bagi 4.9 juta penerima yang telah mengemas kini maklumat pada 31 Disember, mereka akan menerima BR1M pada Khamis ini.

Bagi mereka yang belum mengemas kini maklumat peribadi atau mahu membuat permohonan baharu, pembayaran akan dibuat pada 12 Februari nanti.

Proses pendaftaran dan mengemas kini maklumat peribadi yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember dilanjutkan kepada 31 Januari ini berikutan bencana banjir.

Pada tahun lepas, sebanyak 87,228 penerima yang layak mendapat BR1M tidak membuat tuntutan membabitkan peruntukan RM40 juta.

Ini melibatkan semua kategori penerima BR1M dan kita tidak pasti sebabnya. Tuntutan ini dikira hangus dan ia akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan mereka masih boleh membuat tuntutan BR1M tahun ini.

BR1M yang juga Aku Janji Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan diteruskan dalam tempoh lima tahun dari 2013.

BR1M bukan hanya membantu kos sara hidup penerima tetapi ia juga mengembangkan ekonomi setempat dan juga memberi kesan berganda kepada ekonomi.

UTAMABayaran BR1M mulai Khamis Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium