BEBAS ANWAR: MAHATHIR BERHUTANG KEMAAFAN RAMAI PIHAK

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohammad ‘berhutang kemaafan’ dengan pelbagai pihak berhubung tindakannya kini yang menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Ramai pihak termasuk dirinya kini was-was dengan dakwaan dibuat Mahathir terhadap Anwar yang antaranya mengenai pembabitan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam seks luar tabie termasuk meliwat sehingga dijatuhkan hukuman penjara.

Sokongan Mahathir supaya Anwar dibebaskan adalah berpunca daripada dendamnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memerlukan sokongan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP untuk menjayakannya

Beliau sanggup menjilat balik apa yang diperkatakannya, kita dahulu mempertahankannya dan berjaya meyakinkan masyarakat mengenai kesalahan Anwar.

Sekarang beliau cakap lain, Mahathir ‘berhutang kemaafan’ dengan ramai pihak, ramai pihak termasuk orang ramai yang kini was-was, Adakah betul apa yang pernah dipertahankan.

Kita tidak tahu siapa berbohong antara Mahathir atau Anwar, mungkin kedua-duanya berbohong,

Semalam, Mahathir dilihat memakai lencana ‘Bebas Anwar’ ketika menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan yang menimbulkan persoalan mengenai pendiriannya dalam isu pembebasan Anwar yang dilaungkan pembangkang termasuk ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

20161113-mahathir-lencana-bebas-anwar

53 Replies to “BEBAS ANWAR: MAHATHIR BERHUTANG KEMAAFAN RAMAI PIHAK

Leave a Reply