Bekas Ahli DAP Dakwa Ditipu ADUN Teratai - pakdin.my

++++
Tan Kim Swee dakwa ditipu ADUN Teratai Jenice LeeGara-gara termakan janji ahli Yang Berhormat, seorang bekas ahli DAP mendakwa beliau ditipu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee.

Tan Kim Swee, 70 tahun mendakwa ADUN DAP itu gagal melangsaikan bayaran RM 13,500 untuk 18 buku tiket konsert amal yang diterimanya, bagi Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Tokong Thean Hou, ibu negara, Februari lalu.

TAN KIM SWEE/ BEKAS AHLI DAP
“Saya ada pergi dia punya pejabat office Jenice Lee, manyak kali, dia orang tak layan, cakap ini tak payah bayar kita tarak wang. Macam saya hutang you punya wang, saya cakap sorry ah, sekarang saya tarak wang, saya bayar bulan-bulan satu orang RM 3, 800, tapi Jenice Lee tarak, saya kena tipu sama dia”.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh Tan pada 25 September lalu.

Menurut Tan, yang juga penganjur untuk konsert amal berkenaan, Jenice Lee telah berjanji untuk menolongnya menjual tiket bagi mengumpul wang bagi Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Tetapi apa yang terjadi, kesemua 18 buku tiket itu dibolot dan konsert itu dihadiri anggota DAP tanpa membuat sebarang bayaran.

Akibatnya, Tan mendakwa beliau terpaksa berhutang dengan orang lain, untuk menjelaskan bayaran itu kepada persatuan berkenaan.

UTAMAPOLITIKBekas Ahli DAP Dakwa Ditipu ADUN Teratai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium