Bekas Ketua Pengarah Imigresen Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Tahun - pakdin.my

Bekas Ketua Pengarah Imigresen Dijatuhi Hukuman Penjara 6

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 ringgit setelah didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Rosbia-Hanin Arifin selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hukuman diarah berkuatkuasa bermula hari ini selepas menolak rayuan tertuduh untuk menangguhkan hukuman.

Datuk Wahid didapati bersalah menerima suapan daripada Datuk Seri Low Chiang Hian sebagai upah mempercepatkan kelulusan permohonan visa lebih 4000 pekerja bangladesh.

Perbuatan dilakukan 10 Julai 2008 di rumahnya di Jalan Lembah Ledang Off Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

 

UTAMABERITABekas Ketua Pengarah Imigresen Dijatuhi Hukuman Penjara 6 Tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium