Difahamkan, mangsa, Bala Chantar @ Sulaiman Abdullah, dipercayai bekas pemandu seorang pemimpin tertinggi sebuah parti PKR, ditemui mati di dalam sebuah bilik, kira-kira pukul 6.30 petang.

Mangsa dikatakan telah meninggal dunia sejak kelmarin sebelum mayatnya ditemui oleh keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan namun beliau enggan mengulas lanjut.

Difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.