Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Disuruh Berucap Dalam Gereja Untuk Terus Burukkan UMNO - pakdin.my

RANIGEREJA1

Sememangnya PAS sudah tidak mempunyai sebarang daya upaya lagi. PAS terlalu berkecamuk dan tidak dapat menentukan, apakah mereka sebenarnya berjuang untuk agama atau mereka sebenarnya terlalu takut kehilangan teman iaitu PKR dan DAP. Sudah terlalu banyak kerja yang para pemimpin PAS lakukan, bertentangan benar dengan apa yang mereka katakan.

Gereja merupakan rumah ibadat kaum Kristian. Meskipun tiada sebarang larangan syariat untuk umat Islam pergi ke gereja, namun qiyas daripada teladan yang ditunjukkan oleh Syaidina Umar Al-Khattab r.a sewaktu tentera Islam berjaya menawan BaitulMaqdis seharusnya menjadi pedoman dan teladan buat sesiapa sahaja yang mengaku mereka berjuang untuk Islam.

Salahuddin Al-Ayubi, salah seorang panglima perang Islam yang terkenal yang kemudian mengasaskan Dinasti Ayubi, juga tidak pernah berucap di dalam gereja, meskipun dia berjaya menawan Baitul Maqdis dari tangan Raja Katholik bernama Guy Lusignan dalam Perang Salib II pada tahun 1187.

Ulama-ulama muktabar dari keempat-empat mazhab juga tidak melakukan perbuatan sebegitu. Bahkan merek atidak memberikan ucap selamat dan turut meraikan sambutan Krismas apatah lagi berucap di dalam gereja dengan memburuk-burukkan golongan beragama Islam yang menjadi pemerintah.

Justeru,tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Rani Osman berucap di dalam sebuah gereja di Meru dan memburuk-burukkan UMNO-BN, sebenarnya berlandaskan atau mengambil contoh dari siapa? Siapakah ulama atau para Sahabat r.a atau ulama salaf atau kalaf yang dicontohi oleh Rani Osman?

Semuanya kerana keinginan untuk memburuk-burukkan UMNO dan dengan harapan, tindakan yang diambil oleh Rani Osman akan membolehkan PAS mendapat sokongan daripada masyarakat Kristian yang kebetulan sedang menyambut perayaan keagamaan mereka.

Dari sudut apa pun, PAS tidak meneladani mana-mana ulama muktabar. Sebaliknya PAS beranggapan, mereka lebih arif dalam bidang agama berbanding ulama-ulama muktabar dengan mengandaikan bahawa perbuatan mereka itu dibolehkan oleh agama atau sekurang-kurangnya penghinaan dan kurangnya sokongan terhadap UMNO kesan daripada perbuatan PAS akan menghalalkan perbuatan mereka dari segi syarak.

 

rani1

 

Rani Osman memberitahu jemaah Katholik di gereja tersebut bahawa Kerajaan UMNO-BN telah menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Justeru, penganut Katholik yang sedang merayakan sambutan Krismas, perlu menentang Kerajaan UMNO-BN dan terus mempercayai Pakatan Rakyat terutama sekali Pakatan Rakyat Selangor.

Sekurang-kurangnya ada dua pembohongan nyata yang dilakukan oleh Rani Osman yang sebelum ini mengaku, dia tidak pandai bercakap dan berhujah, sekaligus membuatkan dia merelakan jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor diserahkan kepada Exco Perumahan merangkap ADUN Cempaka, Iskandar Samad.

 

Pembohongan pertama ialah Islam tidak membenarkan perbuatan seperti berucap di gereja untuk menimbulkan permusuhan kepada umat Islam yang lain. Pembohongan kedua ialah, kenaikan telah pun berlaku di Selangor bahkan kadar kenaikannya jauh lebih tinggi berbanding di negeri-negeri lain kecuali Pulau Pinang. Sehinggakan rumah ibadat seperti gereja itu pun, bayaran cukainya telah dinaikkan.

Apa perlu Rani Osman bercakap tentang UMNO-BN yang menjadi Kerajaan Pusat, tetapi terlalu takut untuk memberitahu jemaah Katholik di gereja tempatnya berucap itu bahawa Pakatan Rakyat terpaksa menyalahkan UMNO-BN kerana bimbang rakyat Selangor akan bangkit memberontak dan seterusnya menghuru-harakan Selangor?

 

IMG-20131223-WA0017

 

selangor naik

 

Tentunya Rani Osman tidak menyedari yang saingan utamanya, Khalid Samad telah pun mengesahkan kenaikan yang amat melampau itu secara tidak sengaja apabila menyatakan tidak puas hati kepada Majlis Bandaraya Shah Alam yang telah menaikkan kadar bayaran untuk lesen perniagaan dan perindustrian sehingga mencecah 180 peratus. Tidak cukup dengan itu, notis yang diberikan juga amat singkat iaitu pada 9 Disember dan kegagalan para peniaga menjelaskan bayaran yang telah naik berkali-kali ganda sebelum 31 Disember akan dikenakan denda.

Tindakan Kerajaan Selangor yang telah menaikkan segala macam cukai dan bayaran lesen, akan menyebabkan kenaikan harga barangan yang sangat mendadak dalam sektor peruncitan.

Mengapa Rani Osman langsung tidak bercakap tentang hal berkenaan dan mengapa pula Rani Osman lebih sibuk mahu menyalahkan UMNO-BN walhal Selangor sudah pun menunjukkan tanda-tanda inflasi yang amat teruk dalam tempoh yang terdekat ekoran kenaikan beratus kali ganda yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Malah, sehinggakan bayaran sewa PPR juga telah dinaikkan 100%!

Apa reaksi jemaah Katholik yang mendengar ucapan Rani Osman seandainya mereka tahu perkara sebenar? Sampai bila sebenarnya Pakatan Rakyat boleh bertahan dengan pembohongan dan terus menyalahkan UMNO-BN bagi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memandangkan jemaah Katholik di gereja tempat Rani Osman bercakap itu sendiri, tidak terkecuali daripada membuat bayaran?

UTAMAPOLITIKBekas Pesuruhjaya PAS Selangor Disuruh Berucap Dalam Gereja Untuk Terus Burukkan UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium