Bersatu Hasil Pecah Belah Yang Gagal, Pribumi Sajalah

DARI asal penubuhan PAN dulu penulis dah hairan, apa gila dengan trend segelintir puak tak tentu akal ni tubuh parti dengan gelar-gelar baik begitu, bila susur galur jadinya tidaklah sesuci mana.

PAN nilah, nak dipanggil Amanah, apa yang Amanah? Yang kalah pemilihan PAS, pakat-pakat keluar parti buat baru, wakil rakyat kawan tu semua dia sapu, amanah apa macam itu? Jadi panggil PAN sajalah, mana ada amanahnya.

Sekarang ada Bersatu pulak.

Macam mana parti Mahathir ini boleh jadi bersatu bila dia pun terhasil dari pecah belah orang lain? Mahathir cuba nak pecah belahkan UMNO, tak dapat, mana yang kecewa disamping pengkomplot yang gagal, dikutip bukak parti baru, bersatu apa macam itu?

Nak kira macam itu, UMNO lagi lama bersatunya, awal-awal nama pun dah Bersatu (United Malay National Organzation). UMNO tu betul-betul bersatu sebab sebelum UMNO, orang Melayu berpecah belah. Ada sokong Jepun, ada sokong British, ada sokong raja-raja dan ada sokong komunis pun.

Datang Datuk Onn, tubuh UMNO, bersatu betullah, maka layak guna bersatu sebagai nama parti.

Bersatu kononnya yang ada sekarang ni, hasil dari cubaan memecah belahkan UMNO yang gagal, mana datangnya bersatu?

Tak hairanlah kenapa ramai lebih gemar menggelarkan parti baru ini sebagai Pribumi saja sebab memang itulah yang dia yang sebenarnya, pribumi (Melayu + Bumiputera).

7 Replies to “Bersatu Hasil Pecah Belah Yang Gagal, Pribumi Sajalah

Leave a Reply