Bersih 3.0 : 28hb Satu Malapetaka

MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat. Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat ‘terunggul’ mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.

Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang. Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.

Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, ‘dinaikkan tarafnya’ kepada beribu-ribu orang oleh hampir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini. Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.

Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.

Itu dari segi kehadiran.

Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah. Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.

Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS. Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.

Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.

Ketiadaan ‘publisiti percuma’ dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang. Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan ‘tarikan’ untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.

Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya. Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut.

10 Replies to “Bersih 3.0 : 28hb Satu Malapetaka

  1. Tuan , isu nya disini ialah bukan isu kuantitatif . . . . bukan sekerdil masalah angka . . . . berapa ribu . . . berapa ratus . . . . berapa orang! Yang penting ialah keberkesanan penyampaian mesej sekumpulan suara rakyat ka persada dunia yang prihatin. Kalau seluruh dunia buat buat pekak telinga atau buta mata terhadap apa yang berlaku di Malaysia, apa ada hal? What do we care about the world? I dont give a damn what Obama will say. Penyertaan tunjuk sokongan (bukan tunjuk perasaan ya) dari rakan rakan Bersih 3.0 di merata lokasi diseluruh dunia . . . dengar khabarnya tak kurang 70 wakil negara asing telah memberikan "Go Ahead!" dan "Yes" mereka untuk mengadakan acara demo secara serentak mengikut GMT masing2 mereka itu pun tak ada menerima duit sogokkan dari sapa pun. Kita pun tak ada mengharapkan lapar sangat nak kan bantuan undi mereka dalam PRU13 . . . . harap maklum seperti apa yang dilakukan oleh pihak tertentu di Malaysia ini . . . . sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa negara mengemis simpati warga asing, beri MyKad, terus beri kuasa mengundi! Sedarlah !!!!!! Yang pasti mesej hasrat golongan rakyat yang mahu bersuara, mahu bertindak mahu didengari oleh pihak pihak yang mahu berfikir. Itu pun tindakan yang dipilih selepas usaha demi usaha demi percubaan untuk memperolehi penyelesaian dalam dewan tertutup di Parlimen menemui jalan buntu! Apa takut sangat ni rakyat nak berhimpun menyuarakan hak? Tak ada pun timbul isu pihak Bersih 3.0 ke, Bersih 2.0 ke atau Bersih yang ke berapa ke yang menunjukkan keinginan nak timbulkan huru hara di pelusuk mana pun di negara ini. Standby lah kalau nak standby pun . . . kerahkan semua trak trak polis, askar dari seluruh negara kerana kamu mampu buat begitu . . . . . kalau teringin nak bawa senjata api pun untuk membunuh rakyat beramai ramai . . . silakan lah . . . . gembelingkan segala jentera Kerajaan sekehendak hati kamu . . . . tetapi Rakyat tidak akan melawan balik secara kasar! Ibarat dalam keluarga si ayah merotan anak tanpa usul periksa . . . . si anak yang soleh/solehah akan tetap tunggu dan menerima bantaian ayah nya itu . . . namun sekali kali tidak akan bangun melawan! Tak kan tuan yang celik minda pun tak nampak hal ini!

  2. Assalamualaikum..kepada ibu bapa kepada pelajar yang sedang berdemo di Dataran Merdeka…sedar sedarkan mereka bahawa jika hutang mereka pun mereka tak mahu bayar bagaimana jika ada diantara ibu bapa yang mati dengan ada hutang sudah pasti mereka ini tidak akan membayar bagi pihak orang tua mereka..apa akan jadi…jika hutang ibu bapa mereka pun mereka minta kerajaan hapuskan….sedarlah!!!!!

Leave a Reply