#BERSIH 4: Tsunami Cina dan Ubah 2 DAP

bersih4-cina

Ketepikan soal angka peserta perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara pada petang Sabtu kerana portal pro pembangkang sendiri gagal memberi jumlah kehadiran yang boleh dianggap logik.

Malaysiakini memberi angka 100,000 orang, The Malaysian Insider menyebut hanya 50,000 – sekaligus membuktikan angka 200,000 yang diberikan penganjur Bersih 4 adalah satu penipuan.

Peserta demo Bersih 4.0 majoriti kaum cina

Namun, bukan soal angka yang patut dinilai pada perhimpunan kali ini tetapi kejutan lain apabila 85 peratus peserta yang hadir adalah kaum Cina.

Ini adalah kejutan kerana seorang aktivis perhimpunan itu sejak Bersih 1 melihat pada perhimpunan kali ini hanya 10 peratus Melayu berada di jalanan manakala lain-lain kaum hanya 5 peratus..

Berbeza pada Bersih 1, 80 peratus peserta adalah Melayu dan 20 peratus lagi Cina.

Pada Bersih 2, Melayu menurun kepada 60 peratus, Cina 40 peratua dan ketika Bersih 3, jumlah peserta Melayu dan Cina sama ramai.

Melalui pemerhatian, peserta Bersih 4 adalah golongan profesional Cina dan kumpulan anak muda kaum itu yang pertama kali menyertai perhimpunan haram tersebut.

Ini kerana ada yang merungut disebabkan cuaca panas dan mereka datang tanpa persedia seperti topi, tuala mahupun mineral.

lks 4

Cuma beza dengan peserta Melayu pada perhimpunan-perhimpunan lalu, peserta Cina tidak membawa kanak-kanak atau ahli keluarga untuik berada di jalanan.

Melihat pergerakan mereka, amat jelas DAP Berjaya menarik masyarakat Cina menyertai demo kali ini berbanding PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) – yang menggantikan PAS.

Tidak hairan jika ada melihat perhimpunan ini melabel sebagai perhimounan rasis berdasarkan jumlah peserta Cina yang begitu besar dan di luar jangkaan.

Timbul persoalan, adakah ini juga tsunami pada perhimpunan haram Bersih?

Adakah ia tsunami Cina sama seperti ketika PRU 13, apabila hampir 90 peratus pengundi Cina yang keluar mengundi memilih pembangkang?

Ini tentu kejayaan besar DAP terutama Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng yang sebelum ini mahu lebih ramai masyarakat Cina menyertai Bersih 4 kononnya untuk menetang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang danggap mereka tidak bersih dan jujur.

Tidak mustahil Bersih 4 adalah Ubah 2 – kesinambungan slogan Ubah dan Ini Kalilah yang digunakan DAP pada PRU lalu.

Bayangkan jika DAP terus berjaya menawan kaum Cina di negara ini untuk mengikut telunjuk parti itu pada PRU 14.

Inilah yang harus dirisaukan BN kerana masyarakat Cina memberi signal mereka bersedia bersatu untuk mengambil alih kuasa negara selepas menguasai ekonomi ketika ini.

Bagaimanapun, turut terkesan pada Bersih 4 adalah GHB kerana kumpulan serpihan PAS itu gagal membawa penyokong-penyokong mereka atau daripada PAS menyertai perhimpunan kali ini.

GHB yang diharap DAP dan PKR menjadi rakan baru mereka selepas PAS menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) tentu kecewa kerana gagal membuktikan mereka lebih hebat daripada PAS.

Datuk S. Ambiga yang cukup sinonim dengan Bersih mengakui amat merindui PAS pada perhimpunan kali ini kerana parti itui membuat keputusan tidak turut serta ekoran perpecahan dalam PR.

Secara tidak langsung, ia menggambarkan GHB yang dipimpin Mohamad Sabu gagal menarik peserta-peserta menyertai demo kali ini.

Ini tentu akan membuka mata pemimpin-pemimpin DAP bahawa GHB hanya indah khabar dari rupa.

Namun, sudah terlambat untuk mereka menerima PAS kembali ke dalan PR.

Mahu atau tidak, jika GHB masih gagal membuktikan mereka lebih ‘berbisa’ daripada PAS, DAP kena bersedia berjuang dengan PKR pada PRU 14.

Barangkali ada hikmah disebalik Bersih 4.

Masyarakat Cina menunjukkan belang mereka ketika PAS berpecah dan UMNO menghadapi sedikit masalah dalaman parti.

Justeru ini juga peluang terbaik, untuk Melayu bersatu sama ada PAS dan UMNO bagi mempertahankan kuasa Melayu di negara ini sebelum bangsa lain menyapu ‘bersih’ ekonomi dan kuasa politik.

Leave a Reply