#BERSIH4: Dr M tidak lagi relevan, gagal tarik Melayu sertai himpunan haram

bersih4-mahathir-mahafirun (1)

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama peserta perhimpunan haram Bersih 4 semalam dan hari ini menunjukkan beliau tidak lagi relevan sebagai pemimpin yang dihormati oleh kerajaan dan UMNO.

Mantan Perdana Menteri itu tidak menghiraukan permintaan beberapa pihak yang masih menghormati beliau supaya tidak terbabit perhimpunan haram itu selepas kehadirannya petang semalam berhampiran Dataran Merdeka.

tun m Bersih 4 2Bagaimanapun, gesaan beliau supaya lebih ramai menyertai Bersih 4 hari ini gagal menarik orang Melayu turun ke jalanan sebaliknya peserta keturunan Cina terus menguasai perhimpunan hari ini.

Memanglah angka kehadiran hari kedua melebihi angka 35,000 pada perhimpunan semalam, jumlah peserta Melayu terlalu kecil berbanding 85 peratus kaum Cina.

Dr Mahathir patut malu apabila beliau gagal mempengaruhi orang Melayu menyertai demo hari ini.

Barangkali, rakyat sudah bosan dengan karenah dan tindak tanduk Dr Mahathir yang semakin tidak relevan sebagai Perdana Menteri yang pernah dihormati rakyat terutama ahli-ahli pemimpin UMNO.

Sedikit Melayu yang hadir itu hanyalah penyokong PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) – serpihan PAS.

Malah, GHB pimpinan Mohamad Sabu juga gagal menarik orang Melayu menyertai demo tersebut.

mat sabu berucap Dalam sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, beliau bangga kononnya blog beliau diakses 30 juta orang yang mendakwa mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

“Saya tak tahu (BERSIH) ini game changer, saya di sini untuk bersolidariti dengan rakyat, sekarang 30 juta rakyat akses blog saya mereka mahu Najib berundur”.

“Dulu tak perlu (demo) ada undang-undang, kita buat laporan polis, AG ambil tindakan, oleh itu saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini,” katanya untuk menghalalkan kehadiran beliau menyertai Bersih 4.

Jelas Dr Mahathir penuh sarat dendam terhadap Najib walapun pelbagai tohmahan dan dakwaan sudah dilemparkannya terhadap Perdana Menteri itu.

Beliau sekali lagi meminta ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen.

“Kita nak singkir Najib sahaja, BN biar kekal.

bersih4 3“Jika Najib tidak akan letak jawatan, dia perlu berhadapan dengan Mahkamah dan mungkin ke penjara, jika undi tak percaya mahu berjaya dan diterima di Parlimen, MP UMNO yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.”

“Lepas itu kerajaan pimpinan Najib akan jatuh, kerajaan selepas itu perlukan BN kerana BN ada majoriti,” ujarnya.

Menilai kenyataan beliau, sudah jelas Dr Mahathir semakin hilang tokoh sebagai pemimpin yang sebelum, ini amat benci pada perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan terutama ketika zaman reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara pada kali pertama.

Sebelum ini, beliau juga menggunakan media asing untuk menjatuhkan Najib sedangkan dahulu beliau amat membenci media asing yang didakwanya mempunyai agenda jahat terhadap negara.

Kini, beliau ibarat meludah ke langit. Der Mahathir bukan sahaja mudah lupa tetapi tidak lagi relevan dan melanggar prinsipnya yang terdahulu.

Leave a Reply