Blogger hina Islam bakal dihukum mati? - pakdin.my

Raif Badawi
Raif Badawi

Penulis blog warga Arab Saudi yang dijatuhi hukuman sebat sehingga 1,000 kali kerana menghina Islam awal tahun ini, didakwa bakal berdepan hukuman mati, kata isterinya, kelmarin.

Ensaf Haidar, isteri kepada Raif Badawi berkata, mahkamah jenayah Arab Saudi mahu membicarakan semula suaminya atas kesalahan murtad selepas dia selesai menjalani hukuman sebat sebanyak 50 kali pada setiap hari Jumaat selama 20 minggu.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu dalam satu kenyataan, mahkamah yang membicarakan semula Raif mempunyai bidang kuasa terhadap kes-kes besar yang boleh membawa kepada hukuman mati.

“Berikutan satu peraturan baharu yang dikeluarkan Majlis Kehakiman Agung pada 19 September lalu, mahkamah jenayah kini mempunyai bidang kuasa terhadap kes-kes besar yang boleh dikenakan hukuman mati, potong anggota badan, dan rejam.

“Kami mempunyai sebab untuk percaya tanpa ragu-tagu bahawa hakim sama sekali lagi meminta Ketua Mahkamah Rayuan untuk mendakwa Raif atas kesalahan murtad,” katanya.

Oleh itu Ensaf berkata, pihaknya meminta masyarakat dunia dan kerajaan asing supaya tidak membiarkan Raif dijatuhi hukuman mati.

“Kami juga memperbaharui rayuan kami kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman supaya mengampunkan Raif dan membenarkannya pulang ke Kanada untuk disatukan semula dengan kami,’’ kata kenyataan itu, lapor Mail Online.

Ensaf kini berada di Kanada bersama anak-anaknya, dan meneruskan kempen bagi membebaskan suaminya.

Raif menarik perhatian dunia selepas dijatuhi hukuman sebat sebanyak 1,000 kali dan mula menjalani sebahagian daripada hukuman sebat itu pada 9 Januari lalu di Jeddah sebelum hukuman itu ditangguhkan akibat luka daripada sebatan tersebut masih belum pulih untuk meneruskan pelaksanaan sebatan seterusnya.

Malah, hukuman sebat itu berjaya dirakam secara rahsia menggunakan telefon bimbit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, sekali gus mencetuskan bantahan global.

UTAMADUNIABlogger hina Islam bakal dihukum mati?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium