Bloomberg tembak Lim Guan Eng tidak cekap memikul tugas Menteri Kewangan

Mula-mula RM600billion… dalam tempoh beberapa hari dah naik jadi RM1 trillion.

Hari ni sudah kurang jadi RM600 billion balik.

Dasyat Menteri Kewangan settlekan masalah hutang negara.

Lim Guan Eng dilihat sedang sibuk memberitahu dunia kononnya dia akan membongkar skandal Negara. Tetapi itu tidak akan membawa keinginan awam Malaysia untuk mencapai keadilan.

Sementara itu, para pelabur semakin tidak puas hati dengan corak pentabiran kerajaan baru. Sudah tentu, pelabur asing mula bertindak menjualkan segala stok negara selama 13 hari berturut-turut.

Bagi Lim pula mengumumkan dalam sidang akhbar pertamanya bahawa hutang kerajaan telah melebihi 1 trilion ringgit ($251 bilion) kerana bailout 1MDB kononnya untuk menunjukkan dia seorang penuh kejujuran, tetapi tindakan tersebut memakan diri dan negara.

Jumlahnya, 45% lebih tinggi daripada yang dilaporkan sebelum ini, mungkin telah didedahkan Lim kononnya mempunyai rancangan untuk membayarnya. Tetapi kerajaan baru tiba-tiba kekurangan pendapatan.

Boss Lim, Perdana Menteri Mahathir, berhasrat menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak popular bagi mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana mengembalikannya kuasa kepadanya selepas 15 tahun.

Itu semua nampak hebat dan baik. Tetapi GST yang berusia tiga tahun itu menjana pendapatan $11 bilion (RM40 bilion) bagi tahun lepas, atau 3.3% daripada KDNK.

Menggantikannya dengan jenis cukai penggunaan yang lain perlu menunggu parlimen baru bersidang, yang mungkin aka diadakan pada akhir bulan Jun atau awal bulan Julai.

Mengapa Lim mahu mengambil risiko dengan meninggalkan pelabur dalam prospek fiskal yang tidak menentu sehingga masa itu?

Dengan pengukuhan kadar faedah AS, semua negara ekonomi sedang pesat membangun berada dalam tekanan. Malaysia juga telah melihat warga asing menarik kira-kira USD800 juta (RM32 bilion) dari pasaran bonnya. Bolehkah Lim menahan sentimen negatif? Peristiwa minggu ini menimbulkan keraguan.

Bloomberg berkata pasaran saham Malaysia kehilangan keseluruhan duit yang dijana sepanjang tahun dalam pasaran dalam masa beberapa hari ini. Bak kata Bloomberg… “Wipe out!!” (lihat carta yang jatuh menjunam)

Untuk rekod Bloomberg pernah iktiraf Najib menteri kewangan terbaik tetapi sekarang Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Carca marba, atau paling tidak cekap bekerja.

Bila Media dunia bersuara dan situasi MOF dalam keadaan panik, baru Lim Guan Eng mahu bercakap benar kononnya hutang negara sekitar RM686.6b. Tapi apa gunanya lagi, kerana Dato Sri najib mengambil 9 tahun untuk memulihkan ekonomi negara dengan membawa pelabur dan KDNK melonjak 3 kali iaitu 5.2%, 5,5% dan 5.7% pada tahun 2017 sahaja. Tetapi Guan Eng ambil 13 hari sahaja memusnahkan semuanya. Ingat senang kah nak membawa pelabur masuk semula ke Malaysia.

Merujuk kenyataan Bloomberg aku nak ucap terima kasih kepada Pengundi Pakatan Harapan yang doa anda Malaysia Bankrap semakin hampir menjadi kenyataan.

Sekarang kau orang boleh fikir betul tak apa amaran Dato’ Sri Najib

“Jika Pembangkang ambil alih negara, pelaburan akan hilang, negara menuju kemusnahan”

Alahai nasi sudah jadi bubur kerana pengundi dengar guruh dilangit, air dalam guri dicurahkan….

“The finance minister must remember his day job”
https://www.bloomberg.com/view/articles/2018-05-24/malaysia-needs-tactful-handling-of-1mdb-mess

Rujukan:

111
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Laila Isabella
Guest

Nanti silap2 diorang leh claim DSN a.ka.a BN bayar pada Bloomberg plak untuk hentam diorang.. heheheh..

Mohamad Suffian Jamel
Guest

uih… nape ni? biar la dulu dlm 100 hari tgk cmne.. sabar tuan2.. jgn nmpak racist sgt..

Wayne Kanyan
Guest

Aduh terkena

Che Noran Mohd Jelas
Guest

Guan eng : baru sedar langit tinggi rendah &
mana berat mata memandang….
Sbb tu jgn angkuh, jgn takbur.

Che Noran Mohd Jelas
Guest

Hanya yg dlm negara masih buat pura2 rabun…
pendek kata pemimpin2 PH bersikap:-
Biar Negara tergadai
Asalkan cita2 peribadi tercapai

Afif Imran Khan
Guest

pergi bagi orang yang ade kes rasuah memang ke laut la jawabnya….

AbeJa Ddy Cool
Guest

Aku nk nangis ke..nk gelak ni..

Lex Tot
Guest

Dia nie nk bgi ekonomi kita lgi caca merba lgi ada la… Da dok elok sblm ni blh kta dia nie lgkup la…

Adnan Create Home
Guest

Pelaburan asing angkat kaki lh jawabnya bodog PH ni

Putera Arjuna
Guest

Lg 20 ari nk raya…brim mna oiii…nk bli baju raya..tngah murah niii.