BN Perlu Gabungan Calon Profesional Berdasarkan Hierarki Parti – Zahid Hamidi - pakdin.my

BAGAN DATOH: Barisan Nasional (BN) perlu ada gabungan antara goplongan profesional dan yang dipilih berdasarkan hierarki parti sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata BN dan Umno tidak boleh memilih semua calonnya daripada golongan profesional atau hanya barisan pimpinan dan anggota parti sahaja.

Kedua-dua golongan wajar diketengahkan untuk menjadi calon yang berkredibiliti, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 1,000 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno wajar membuat pertimbangan untuk membuka peluang kepada golongan profesional untuk dipilih sebagai calon bagi mewakili BN pada PRU-13.

Ahmad Zahid yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata penyertaan golongan profesional sebagai calon dapat memperkukuhkan kreadibiliti mereka dan relevan dalam suasana politik pada masa kini.

“Ini kerana masyarakat sekarang semakin canggih sifatnya dan mereka bijak menilai parti mana yang boleh mengenengahkan calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat termasuk daripada golongan profesional,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan BN telah mula mengenal pasti calon golongan profesional yang perlu diketengahkan.

UTAMABERITABN Perlu Gabungan Calon Profesional Berdasarkan Hierarki Parti - Zahid Hamidi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium