BN Yakin Menang 155 Kerusi – Najib - pakdin.my

Najib-Jemaah-Tabligh-Masjid-Jamek-Sri-Petaling-4

Hari ini 5 Mei 2013 adalah hari pengundian PRU-13 di mana sejumlah 13 juta rakyat Malaysia yang layak sebagai pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih pemimpin dan parti politik yang diyakini mereka.

Selama dua minggu negara dihangatkan dengan pelbagai gaya kempen yang serba meriah dan hangat, itulah saatnya yang dinantikan kerana keputusan esok malam akan menentukan masa depan negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Dilihat pada senario semasa dan trend sokongan umum, jelas kelihatan mood rakyat cenderung untuk mengekalkan parti pemerintah BN dengan kemenangan yang jauh lebih baik berbanding PRU-12 2008 dan mungkin hampir sebaik PRU-11 2004.

Malah semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri turut menyatakan keyakinannya bahawa BN sudah berada di landasan yang betul dan memiliki peluang cerah untuk menang 2 per 3 kerusi Parlimen kali ini.

Menurutnya, berdasarkan penilaian semasa jelas menunjukkan tidak mustahil untuk BN memperolehi kemenangan di 140 hingga 155 kerusi Parlimen sekali gus mengekalkan penguasaan Kerajaan Pusat, demikian dinyatakannya dalam program Mandat 2013 yang disiarkan di TV3 semalam.

“Mengambil kira sambutan diberikan kepada saya dan kepada Timbalan Perdana Menteri dan rakan saya yang lain, saya dapati bahawa hasrat kita untuk mencapai dua pertiga itu Insya-Allah, ada tanda-tanda itu boleh dicapai.

“Saya tidak mahu dilabelkan sebagai terlalu bongkak atau menggambarkan terlebih yakin, tetapi dengan rendah diri mahu menyatakan bahawa ada peluang baik untuk BN mencapai dua pertiga.”

Selain itu, beliau juga berkeyakinan angin perubahan yang sedang melanda empat negeri yang dikuasai PR tika ini akan membolehkan BN bertapak kembali di negeri terbabit.

Keyakinan itu yang disuarakan PM itu ada asasnya bila senario semasa dan trend sokongan yang semakin mantap kepada BN kali ini apatah lagi kesan negatif tsunami politik PRU 12 2008 dulu sudah berjaya diminimumkan.

UTAMAPILIHAN RAYABN Yakin Menang 155 Kerusi - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium